Gempar !!! Kewangan negara dalam darurat?

Gempar !!! Kewangan negara dalam darurat?

Rupanya PM Tebuk atap Masih tidak putus asa.. Masih mengharapkan Dharurat dilaksanakan.. kononnya dengan cara itu PRK Batu sapi dan PRN Sarawak dapat ditangguhkan…

Sebenarnya Dharurat ini penting bagi depa bukan soal Politik Sangat.. Tapi pasal kewangan Negara hari ini dalam kedudukan Dharurat.. Dharurat bukan saja akan memusatkan kuasa dan keputusan kepada PM tebuk atap.. Hatta mempunyai Akses kepada simpanan Negara dan tabungan rakyat..

Sebagai contoh negeri Kedah, Kedah bukan lah negeri yang bergantung kepada hasil industri dan Cukai.. Tetapi didedahkan hasil Kerajaan Negeri yang dikutip adalah hampir 20 % Lebih rendah… Iaitu RM 100 Juta lebih rendah dari unjuran RM 700 Juta..

Satu lagi contoh.. Melalui kenyataan Adly Zahari baru baru ini, Bagi Negeri Melaka yang bergantung kepada industri Pelancongan lebih parah.. berakhir September.. hanya 55% Kutipan cukai dapat dikutip dari unjuran belanjawan 2020… Itu belum disentuh Negeri terengganu yang mana belanjawannya bergantung penuh kepada hasil royalty..Hampir 90% Belanjawan negeri Terengganu dari hasil Royalty..

Mungkin Kedah dan Melaka berbeza.. Cuma persamaan depa, Dalam keadaan hasil Negeri kurang, Ketua Menteri dan MB besar masih ada duit tukar kereta untuk Ketua Menteri dan GLC mereka yang kerugian… Itulah hebat bila bani Melayu Islam memimpin…

Dari 2 Negeri ini saja kita boleh dapat gambaran bagaimana agaknya hasil Negara buat tahun ini.. PLUS yang tidak pernah rugi..Sudahpun kerugian RM 400 juta. MAS sudah pasti bungkus.. Cukai dari Industri Penerbangan dan Pelancongan sudah pasti tiada..

Yang lebih parah, Petronas yang tak pernah rugi..mencatatkan kerugian pertama dalam sejarah penubuhannya iaitu RM 21 Billion bagi suku kedua tahun ini… agaknya bagaimana bayangan Syarikat Khazanah lain yg selama ini menyumbang hasil dan Dividen kepada Kerajaan..

Jadi dengan segala kerja PM tebuk atap dengan pakej pakej Prihatin dia selama ini tabur duit untuk makcik Kiah dan pak mat tempe.. terbukti gagal.. Sudahlah terpaksa berhutang RM 35 Billion dalam pakej rangsangan pertama.. Ketika PRN Sabah, Sekali lagi PM tebuk atap mengulangi kegagalan Pakej pertama dengan suntikan fiskal lebih RM 10 Billion dengan agihan yang dilaksanakan tidak bersasar….

Harapan PM tebuk atap masa tu untuk Bubarkan parlimen sbeelum ekonomi meleset teruk tahun depan.. Semalam harga. minyak Dunia kembali jatuh dibawah paras USD 40 pada ukuran Brent.. PM Kayangan Banker meletakkan hasil purata USD 40 dengan unjuran 6% Defisit fiskal..Nampak gayanya akan melebar lagi hutang dan defisit Negara..

Sekarang ni pun dah tak kedengaran suara Menteri bankers seperti awal awal dulu yang berbangga Negara kita cukup wang.. Tak perlu Pinjam kononnya.. kononnya akan ada pantulan berbentuk V.. Sampaikan depa sekarang ni dah tak pedulipun impak ekonomi jika laksana dharurat..Jadi kita tunggu dan lihat..

Jadi Soal Belanjawan 2021 ini bakal diluluskan atau tidak.. Ekonomi kita akan tetap meleset.. Kalau tidak pada sesi belanjawan.. Kerajaan PN akan tetap jatuh..Samaada PM Tebuk atap Bubar Parlimen..Hatta Menang besar sekalipun.. Ekonomi Negara akan pasti merudum..

Jangan lah kita mengikut jejak krisis Ekonomi Greece cukup lah.. Nanti sampai masanya.. Gaji dan Bayaran pencen pun tertangguh.. Sekarang seronok lah tabur BPN ada kakitangan awam walaupun depa kekal ada pedapatan.. Lubnan suatu masa dulu makmur juga seperti Malaysia..hari ini depa juga adapi krisis Politik dan Ekonomi..

Ekonomi Negara kita hanya menunggu saat ketikanya.. Ekonomi Negara ketika ini pun dalam tempoh Kimo pada Stage 3.. Hanya dengan tukar organ baru dan Kerajaan baru saja yang akan dapat menyelamatkan Negara..

Ipohmali

Sumber :