Gempar !!! Majikan kini lebih berminat cari pekerja lulusan SPM kebawah

Gempar !!! Majikan kini lebih berminat cari pekerja lulusan SPM kebawah

Pada mesyuarat pagi ini, ada dua data yang mengejutkan aku. Melalui portal MYFutureJobs SOCSO, kekosongan kerja yang ada 266,279.

Daripada kekosongan kerja ini, (201,297) 76% majikan mencari pekerja dengan kelayakan akademik SPM dan ke bawah.

Untuk pencari kerja pula, 121,429 (46%) adalah mereka yang ada ijazah sarjana muda. Hanya 71,497 (27%) yang pencari kerja yang ada kelayakan SPM dan ke bawah.

Ia menunjukkan betapa bermasalahnya pasaran buruh kita. Ini merupakan sebab mengapa orang terpaksa bekerja di bawah kelayakan akademik mereka.

Setiap tahun pula universiti menambah kadar pengambilan dan institusi pengajian tinggi swasta tumbuh dengan subur.

Akhirnya lambakan graduan terpaksa bekerja di bawah kelayakan. Kemudian, orang salahkan graduan kata tak mahir English atau kurang soft skills.

Hakikatnya, memang tak banyak kerja untuk graduan.

Sumber :