Gempar !!! Maszlee umum tarik diri dari Pejuang

Gempar !!! Maszlee umum tarik diri dari Pejuang

Pelbagai persoalan timbul setelah kenyataan media dari parti Pejuang keluar tanpa nama saya. Kenyataan media ini adalah bertujuan untuk menjelaskan keadaan terkini saya dan parti Pejuang.

Saya, Dr Maszlee bin Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam dengan ini mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang.

Saya ingin menumpahkan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19, khususnya di Simpang Reggam dan umumnya di seluruh Malaysia.

Saya juga akan meneruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas dan melalui ruang aktivisme dan kerja-kerja kemanusian melalui rangkaian NGO dan rakan-rakan aktivis lain. Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan, tetapi keinginan dan kesempatan.

Keputusan ini dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak. Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis. Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang.

Sama-sama kita mendoakan agar pandemik Covid-19 ini segera reda dan menghilang serta kehidupan rakyat kembali normal. Kita belum menang, tetapi kita pasti menang. Insya-Allah.

Untuk rakyat, Untuk Malaysia.

YB Dr Mazslee Malik
2 November 2020

Sumber :