Gempar !!! Pemimpin Pas pula ‘Warning’ Bersatu

Gempar !!! Pemimpin Pas pula ‘Warning’ Bersatu

Tangkap layar kenyataan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Raub, Tengku Shah Amir Tengku Perang yang memberi amaran keras kepada pemimpin Bersatu kembali tular di media sosial susulan isu memikat ahli parti rakan gabungan.

Dalam kenyataan yang viral itu, Tengku Shah Amir menegur tindak-tanduk pemimpin Bersatu di Pahang yang cuba memikat ahli PAS supaya menyertai parti itu, yang disifatkan tidak beretika serta tidak menghormati kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

“..Saya sentiasa menjaga perasaan dan air muka rakan-rakan dalam PN sehinggalah pada petang semalam saya rasa sangat terkejut dengan tindakan pimpinan Bersatu Raub yang telah mengusik ahli-ahli PAS untuk menyertai Bersatu.

“Tak cukup sekadar itu dimuatnaik pula dalam FB.. apakah yang sedang pihak Bersatu Raub cuba buktikan?

“Pada saya ini adalah satu tindakan yang tidak beretika di dalam sesuatu perikatan dan perlu dihentikan segera,” katanya, dalam kenyataan pada 5 Oktober lalu, yang dikongsikan kembali di Facebook Abdul Rahim Hilmi Zakariya, hari ini.

Tengku Shah Amir berkata, Bersatu selaku adik perlu menghormati PAS dan UMNO demi menjaga pemuafakatan yang terbentuk itu.

“Kita perlu sedar selaku adik (Bersatu) perlu menghormati abang-abang (PAS dan UMNO) yang lebih dahulu merasai asam garam dalam berpolitik.

“Dan ini adalah Ingatan keras dari saya JAGALAH PERMUAFAKATAN KITA INI SETERBAIK MUNGKIN. Bak kata pepatah “Jangan sesekali jadi seperti Angan-angan menerawang langit”.

“Ladanilah PERMUAFAKTAN ini dengan penuh rasa saling menghormati. Andai semua ini tidak di hentikan SEGERA!! jangan terlalu berharap untuk mendapat sokongan yang sepenuhnya dari ahli PAS,” ujarnya tegas.

Sementara itu, Abdul Rahim yang berkongsi kenyataan pemimpin PAS itu berkata, isu Bersatu cuba memikat ahli rakan gabungan menunjukkan bukan hanya ahli UMNO yang menjadi sasaran malah ahli PAS juga turut diusik.

“Pendedahan KP UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa PPBM cuba curi / pikat ahli UMNO ni bukan cerita baru. Elok juga Wan Saiful nak saman, boleh kita buka bukti dalam mahkamah nanti.

“Tapi sebenarnya bukan UMNO saja yang kena. PAS pun kena usik juga. Sebagai contohnya pengakuan YM Tengku Shah Amir bin Dato Tengku Perang iaitu Timbalan YDP PAS Kawasan Raub.

“YM Tengku (Shah Amir) dedahkan bahawa terdapat usaha-usaha memikat ahli PAS bagi menyertai dan menguatkan PPBM (Bersatu) di parlimen berkenaan.

“Dakwaan YM Tengku (Shah Amir) sebenarnya membuktikan PPBM ni adalah parti yang tak boleh dipercaya. Kiri kanan dia sebat. Tak kira member, tak kira musuh. Sebat belaka,” katanya.

Bagaimanapun Abdul Rahim berkata, PAS, UMNO serta lain-lain sekutu Bersatu perlu redha kerana inilah hakikat politik bila sesuatu parti itu dalam keadaan mahu kekal relevan.

“Nak marah PPBM pun tak boleh sangat. Mereka adalah parti politik. Parti politik akan melakukan apa sahaja untuk kekal relevan dan kuat termasuklah power balancing, hedging dan usaha untuk menjadi hegemon.

“Yang perlu ditanya adalah sekutu-sekutu PPBM sekarang ini. Yang kita pakat redha orang buat kita macam ni pasal apa?,” ujarnya sinis.

Sumber : https://suara.tv/02/01/2021/amaran-keras-pemimpin-pas-terhadap-bersatu-tular-di-media-sosial/