Gempar !!! Setiausaha sulit Muhyiddin dedah Tun M pernah setuju calonkan Muhyiddin PM

Gempar !!! Setiausaha sulit Muhyiddin dedah Tun M pernah setuju calonkan Muhyiddin PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan keberatan dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, meletak jawatan susulan krisis politik berpunca daripada Langkah Sheraton Februari tahun lalu.

Muhyiddin ketika itu bertegas supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menamakan Dr Mahathir semula sebagai calon Perdana Menteri, dedah Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad.

Marzuki berkata, Muhyiddin memberitahu ahli Parlimen Bersatu untuk hanya menyerahkan satu nama iaitu Dr Mahathir kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada malam sebelum menghadap baginda.

“Benar, Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

“Benar, Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

“Pada masa inilah, Muhyiddin dipanggil untuk menyelamatkan keadaan. Setelah Tun Mahathir gagal mendapat sokongan majoriti, beliau (Muhyiddin) akhirnya bersetuju agar namanya diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon Perdana Menteri.

“Kerana menghormati Tun Mahathir, beliau (Muhyiddin) berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu di pejabatnya dan memintanya untuk menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

“Rasanya seperti deja vu bagi saya ketika saya menunggu di luar pejabat PM sementara Tan Sri Muhyiddin dan dua pemimpin Bersatu yang lain bertemu Tun Mahathir,” jelas Marzuki dalam satu kenyataan menerusi Facebook pada Selasa.

Marzuki berkata, apabila keluar dari pejabat berkenaan, Muhyiddin memberitahunya serta dua pemimpin Bersatu bahawa Dr Mahathir tidak keberatan dengan pencalonannya dan mengatakan beliau boleh meneruskannya jika mendapat sokongan mencukupi ahli Parlimen.

“Tetapi kemudian, Tun Mahathir enggan menyokong Tan Sri Muhyiddin dan sebaliknya mencalonkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

“Walau bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin berjaya mendapat sokongan yang cukup daripada ahli Parlimen dan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac 2020,” tambah Marzuki.

Pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri menandakan bermulanya pentadbiran Perikatan Nasional (PN), yang disokong ahli Parlimen Bersatu, BN, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Pada 7 Ogos 2020, PN secara rasmi didaftarkan sebagai gabungan parti politik yang terdiri daripada Bersatu, Pas, Star dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Selain anggota pengasas PN ini, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bergabung dengan PN sebagai parti komponen pada 11 Februari 2021.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/marzuki-dedah-tun-m-pernah-setuju-calonkan-muhyiddin-sebagai-pm-284391