GEMPAR | Singapura sudah terima vaksin, negara kita?

GEMPAR | Singapura sudah terima vaksin, negara kita?

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang membidas kelembapan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan vaksin Covid-19 untuk rakyat negara ini.

Katanya, Singapura minggu lalu melaporkan telah menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer Covid-19 sementara Muhyiddin hari ini baru mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin.

“Singapura adalah negara Asia pertama yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech setelah mengatakan minggu lalu bahawa ia telah meluluskan vaksin syarikat itu dan diharapkan akan memulakan program vaksinasi secara meluas pada minggu pertama Januari.

“Malaysia? Perdana Menteri baru saja menandatangani perjanjian untuk mendapatkan tambahan 10 peratus atau 6.4 juta dos vaksin Covid-19 untuk 40 peratus penduduk melalui Covax, Pfizer dan AstraZeneca,” katanya.

Lim juga berkata Singapura akan memberi suntikan vaksin itu kepada semua rakyatnya yang berjumlah 5.3 juta pada kadar segera berbanding Malaysia.

Dalam perkembangan yang sama, tokoh wartawan negara, A Kadir Jasin juga membidas kelembapan kerajaan mendapat bekalan vaksid Covid-19 untuk rakyat negara ini.

Katanya, bakal presiden Amerika Syarikat, Joe Biden hari ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNtech yang disiarkan secara langsung di televsyen.

“Tetapi Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) berkata, bahawa akan mengambil masa empat bulan untuk menilai (keberkesanan) vaksin itu.

“Ada yang tidak kena di sini. Sama ada Presiden AS itu berani sangat atau bodoh ataupun Noor Hisham Abdullah telah ketinggalan masa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

“Adakah kita mampu untuk menunggu empat bulan lagi ketika seluruh dunia bergegas melakukan vaksinasi?” soalnya.

Menurut Kadir, dia berharap Dr Noor Hisham masih berkuasa dalam urusan kesihatan, khususnya mengenai Covid-19 dan berharap kenyataannya untuk menunggu selama empat bulan itu sebenarnya disalahtafsirkan oleh media.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/556183