GEMPAR | Strain baharu Koronavirus wujudkan suasana panik dalam pasaran, harga minyak jatuh

GEMPAR | Strain baharu Koronavirus wujudkan suasana panik dalam pasaran, harga minyak jatuh

Harga minyak susut dalam awal dagangan hari ini susulan penularan strain baharu koronavirus di United Kingdom yang menimbulkan kebimbangan akan berlaku sekatan lebih ketat dan menjejaskan pemulihan ekonomi global.

Harga minyak mentah susut AS$0.97 atau 1.9% kepada AS$51.29 setong selepas melonjak 1.5% dan mencecah paras tertinggi sejak Mac pada Jumaat lalu.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat turun AS$0.83 atau 1.7%, kepada AS$ 48.27 setong selepas naik 1.5% pada hari Jumaat ke tahap tertinggi sejak Februari.

Penurunan pada hari Isnin berlaku setelah harga minyak merekodkan kenaikan tujuh minggu berturut-turut minggu lalu ketika para pelabur memfokuskan program pemberian vaksin Covid-19.

”Varian baharu koronavirus di Britain dan sekatan perjalanan yang lebih ketat di Eropah mencetuskan kebimbangan mengenai pemulihan ekonomi yang lebih perlahan,” kata Kazuhiko Saito, Ketua Penganalisis Broker Komoditi Fujitomi Co.

Menurutnya, pasaran minyak telah mengalami trend kenaikan dalam sebulan lalu, mengabaikan faktor-faktor negatif, di tengah-tengah situasi optimisme bahawa peluasan vaksin akan menghidupkan semula pertumbuhan global, tetapi harapan para pelabur untuk tahun 2021 tiba-tiba lenyap.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/12/21/harga-minyak-jatuh-17/