Saya dan rakan niaga berasa dukacita atas serangan peribadi yg dibuat oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Surat kami kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang didedahkan secara terbuka walaupun jelas ia mengandungi maklumat peribadi / sulit sya termasuk alamat rumah dan nombor telefon peribadi.
Niat kami hanya untuk menyumbang bagi membolehkan nyawa diselamatkan disamping bagi membantu memulihkan ekonomi negara kesan pandemik ini.
Kami tidak menyangka niat kami telah dipolitikkan dan kini dilabel sebagai PENIPU, satu label yang amat memalukan dan merosakkan nama baik saya. Niat baik saya dibalas dengan kenyataan berbentuk serangan peribadi.
Perkara ini berlaku begitu cepat dan kini saya dihujani begitu banyak panggilan telefon daripada pelbagai pihak sehingga ada wartawan yg mencari saya di alamat kediaman.
Kami sudah berhubung dengan setiusaha syarikat kami di Hong Kong bagi membolehkan penyediaan dokumentasi lengkap berkaitan syarikat bagi membuktikan syarikat kami wujud dan tulin.
Kami juga akan mengambil langkah perlu bagi membuktikan syarikat berkemampuan dengan derma yang ditawarkan.
Untuk makluman, semasa kami berbincang dengan syarikat pengeluar vaksin Sinovac, kami telah berhubung melalui panggilan telefon, aplikasi wee chat dan juga email.
Semua bukti ini akan kami senaraikan sebagai bukti perbincangan dengan pihak berkenaan. Semua dokumen ini akan kami kemukakan dalam masa terdekat bagi menangkis dan membuktikan niat kami ikhlas membantu rakyat Malaysia.
Apa yang berlaku amat mendukacitakan kami. Tidak sepatutnya perseteruan antara parti politik mengheret kami apatah lagi sehingga mengaibkan kami.
Kami akan membuat sidang media bagi membersihkan nama kami dan menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan dan fitnah terhadap kami.
Sumber :