Gempar !!! Tajuddin kena pecat sebagai Pengarah Pilihanraya Umno serta merta

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemecatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya parti tersebut hari ini, ia selepas beberapa hari kritikannya semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi pada Rabu minggu lepas.

Pengumuman pemecatan tersebut dibuat menerusi satu kenyataan media oleh Zahid dan kekosongan tersebut akan diganti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkuatkuasa serta-merta.

“Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan yang kini menjalankan tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional dan UMNO dengan ini saya amanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia berkuatkuasa serta merta.

Tajuddin

“Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi,” kata kenyataan itu.

Jelas Zahid, keputusan tersebut akan memudahkan parti untuk membuat keputusan dalam pilihan raya nanti.

“Dengan kedudukan Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua parti-parti komponen Barisan Nasional,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Tajuddin dilaporkan mengutuk MT UMNO apabila menggunakan istilah ‘pirah’ ketika bercakap pada mesyuarat secara maya minggu lalu.

Ucapan beliau itu tersebar menerusi satu klip audio yang tular di media sosial dan turut dikongsi bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa dalam Twitternya semalam.

Tajuddin juga mengakui ketulenan klip audio tersebut.

Dalam klip audio itu Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan membantah langkah MT menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana katanya ia bukan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

Malah beliau menganggap Ahli MT telah didesak untuk bersetuju supaya UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

Agenda Daily masih cuba mendapatkan pengesahan Tajuddin berhubung berita pemecatan dan mendapatkan ulasan beliau.

Berita Penuh : https://www.agendadaily.com/politik/selepas-dikritik-zahid-pecat-tajuddin-sebagai-pengarah-pilihan-raya-umno/

BACA JUGA : Panas !!! Exco kerajaan negeri Kelantan bakal dipanggil SPRM