Gempar !!! Tommy Thomas dedah Tun M pernah minta beliau letak jawatan

Gempar !!! Tommy Thomas dedah Tun M pernah minta beliau letak jawatan

Tommy Thomas akan melancarkan autobiografi yang menceritakan pengalaman hidupnya membesar, menceburi kerjaya bidang undang-undang dan tempoh 20 bulan menjadi peguam negara.

Bahagian prolog buku My Story – Justice in the Wilderness dibuka dengan babak pertemuan antara Tommy dengan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad pada 5 Jun 2018, sehari selepas dilantik sebagai penasihat undang-undang kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Thomas, Mahathir memintanya untuk mengundurkan diri dengan segera selepas memberitahu bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memberikan perkenan atas pelantikannya.

Ini meletakkan dirinya dalam situasi yang sukar.

“Tun (Mahathir) menyatakan sesuatu yang menggemparkan (dropped a bombshell).

“Walaupun dengan keputusan Agong, Tun mahu saya meletakkan jawatan kerana besarnya skala penentangan orang Melayu terhadap pelantikan saya.

“Saya sangat terkejut. Tun mahu saya meletak jawatan pada keesokan harinya. Peluang profesional seumur hidup terlepas daripada tangan saya sebelum sempat saya dapat menarik nafas,” katanya.

Permintaan Mahathir itu dibuatnya walaupun dia sendiri yang mencalonkan satu nama sahaja sebagai peguam negara, iaitu Tommy Thomas.

Sambil mengakui dia “tergamam” dan kecewa dengan permintaan meletak jawatan Thomas berkata dia sedia untuk mematuhinya.

Walaupun kejadian itu berlaku, dia terus berkhidmat sebagai peguam negara sehingga kerajaan PH runtuh pada Februari 2020.

Buku ini akan berada di pasaran mulai 30 Januari dan seterusnya.

Memoir ini merangkumi bab-bab yang membincangkan skandal 1MDB, perbicaraan SRC bekas perdana menteri Najib Razak, anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, kumpulan militan yang dianggap sudah tidak berfungsi lagi Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan perkauman.

Petikan daripada buku memoir Thomas, ditulis dalam bahasa Inggeris, yang akan datang ini dikeluarkan oleh penerbitnya Gerakbudaya di laman Facebooknya semalam. –MK