Gempar !!! Tun M akhirnya mengaku budaknya jahat, sukar untuk dikawal

Gempar !!! Tun M akhirnya mengaku budaknya jahat, sukar untuk dikawal

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengimbau pergeseran yang pernah timbul dalam Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan dahulu, berkenaan peralihan kuasa perdana menteri antara dirinya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Sering diasak oleh PKR agar menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar, sebaliknya kata Mahathir, jika Anwar datang bertemunya, ahli parlimen Port Dickson itu selalu menyalahkan sikap anak buahnya yang sukar diakwal.

“Anwar bila dia keluar (daripada penjara), sepatutnya, dia sokonglah tindakan saya. Tapi dia lebih usaha jumpa dengan raja-raja, semuanya tak nampak seolah-olah (dia) menyokong saya. Itu pun (saya) tidak peduli.

“Dia datang jumpa saya. Kalau jumpa saya, selalu sokong saya, cukup kuat. Tapi dia kata, budak-budak dia ini jahat. Dia tak boleh nak kawal. Itu alasan dia.

“Tak apalah, saya tak khuatir tentang nak letak jawatan. Beberapa kali dah saya letak jawatan. Saya bukan berpegang kepada (jawatan) perdana menteri itu sampai mati.

“Saya nak letak jawatan, tapi tunggulah sat (kejap),” katanya ketika diwawancara tokoh wartawan, Johan Jaaffar dalam wawancara anjuran Sinar Harian yang disiarkan secara langsung.

Mahathir disoal kemungkinan peralihan kuasa yang “cantik” sekiranya Mahathir menyerahkan jawatan itu kepada Anwar seperti diminta, yang mungkin dapat mengelakkan keretakan yang berlaku dalam PH ketika itu.

Turut disoal Johan selepas itu, tentang apakah mungkin ada anak buahnya yang bersikap “jahat” terhadap Anwar, jawab Mahathir: “Mungkin. Itu saya tak tahulah. Itu bukan saya punya kerja”.

Isu peralihan kuasa perdana menteri merupakan janji yang mencetuskan konflik terbuka di dalam PH, yang menyebabkan insiden berbalas kenyataan antara penyokong Anwar dalam PKR dan penyokong Mahathir dalam Bersatu ketika itu.

Penyokong Anwar mahu peralihan itu disegerakan, dan menekan Mahathir untuk memberikan tarikh tetap peralihan itu berlaku, namun sebahagian penyokong Mahathir pula mahu ahli parlimen Langkawi itu terus memegang jawatan sehingga habis penggal.

Akhirnya, PH tumbang pada hujung Februari tahun lepas setelah Mahathir meletak jawatan kerana Bersatu menarik diri daripada PH untuk bekerjasama dengan pihak lain, termasuk Umno dan PAS bagi membentuk kerajaan baru.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/563329