Gempar !!! Umno dedah bukti Zahid jadi mangsa pendakwaan terpilih Mahathir

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seluruh keluarga besar UMNO menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

setelah mengambil kira keputusan yang telah diambil oleh Peguam Negara untuk memberhentikan pendakwaan kesemua baki 47 kes pertuduhan.

Untuk rekod *Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini telah membebaskan dan melepaskan sekaligus membersihkan nama baik Datuk Seri Zahid

terhadap 40 kes pertuduhan yang terbukti tiada asas dan prima facie* untuk didakwa dan disabitkan sebarang kesalahan jenayah pada 23 September 2022.

2. Sejak dari awal UMNO yakin dan percaya bahawa *Datuk Seri Zahid adalah mangsa pendakwaan politik yang dilakukan ketika Tun Mahathir dilantik kali kedua sebagai Perdana Menteri ke-7 sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14.*

3. Lebih menduka-citakan, kezaliman terhadap Datuk Seri Zahid ini *berlaku hanya beberapa minggu selepas Tun Mahathir selaku Pengerusi Parti BERSATU waktu itu mengancam supaya Presiden UMNO Datuk Seri Zahid membubarkan UMNO* dalam pertemuan yang diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam satu temuramah media.

4. Ini diperkukuhkan lagi dengan pendedahan berani dan berbaur angkuh bekas Peguam Negara lantikan Tun Mahathir dalam buku memoirnya “My Story: Justice in the Wilderness” yang dengan *jelas memperakui terlibat langsung dalam mengatur beberapa pendakwaan terpilih terhadap individu-individu politik berpengaruh bersama Perdana Menteri ke-7 waktu itu.*

5. Lebih malang lagi, *kes pendakwaan politik ini tetap diteruskan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, walaupun Tan Sri Idrus Harun dan Tan Sri Azam Baki masing-masing telah dilantik sebagai Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu* menggantikan Tommy Thomas dan Lattheefa Koya.

6. Namun Alhamdulillah, walaupun kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dikekalkan oleh YAB Perdana Menteri ke-10, *akhirnya mereka melakukan keputusan yang betul dengan memberhentikan pendakwaan tersebut.*

7. Bahkan salah satu daripada sebelas *alasan Pendakwa Raya di Mahkamah Tinggi memberhentikan pendakwaan hari ini memperakui bahawa pendakwaan yang dibuat selama ini secara tergesa-gesa*

sedangkan siasatan tidak sempurna boleh menjejaskan *kredibiliti Jabatan Peguam Negara dan SPRM, yang diperlihatkan menjadi alat pembunuhan musuh politik oleh pihak berkuasa.*

8. *Ini bagaikan mengesahkan satu Memo taklimat yang tular (jika benar keabsahannya) beberapa minggu lepas yang disediakan oleh Ahmad Akram bin Gharib Timbalan Pendakwa Raya kepada Peguam Negara* waktu itu Tommy Thomas yang hakikatnya telah *mencadangkan bahawa tiada apa-apa pertuduhan boleh dibuat ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana tiada sebarang keterangan dan bukti menjurus kepada sebarang perlakuan jenayah* adalah suatu yang amat menggemparkan.

9. Namun, hanya dua hari selepas tarikh Memo tersebut dibentangkan kepada Peguam Negara waktu itu, *pendakwaan tetap dilakukan bagaikan tergesa-gesa semacam ada tangan-tangan ghaib berniat jahat yang membuat pengarahan.*

10. Dengan keputusan ini, maka semakin jelas *kerakusan kepimpinan Tun Mahathir dan Parti BERSATU yang sanggup menganiayai pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Presiden UMNO dengan memperkakaskan institusi-institusi perundangan di negara ini demi gelojak nafsu dan dendam* untuk menghancurkan UMNO dan kononnya boleh menggantikan UMNO dalam perjuangan Islam dan Melayu di negara ini.

11. Besarlah harapan UMNO agar titik-titik hitam dalam sejarah perundangan Negara sehingga *sistem dan institusi keadilan negara begitu mudah diperalatkan hingga membawa kepada ketidak-stabilan politik negara mestilah dititik-noktahkan.*

12. UMNO berpendirian tegas agar di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia ini, segala pendakwaan politik yang memperalatkan institusi-institusi yang *menjadi benteng kepada sistem keadilan negara tidak lagi berulang.*

13. Jabatan Peguam Negara dan SPRM mesti *terus bebas dan berani melaksanakan amanah mereka untuk melaksanakan keadilan tanpa rasa takut dan pilih kasih terhadap mana-mana pihak* termasuklah terhadap pimpinan UMNO dan ahli-ahli UMNO sendiri.

Mungkin imej teks

Mungkin imej teks
*Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki*
_Setiausaha Agung UMNO_

BACA: Wartawan ini dedah rahsia macam mana proses perpindahan pemain kelab bola terkenal dunia