Gempar !!! Ustaz ini dedah ada influencer, motivator terkenal amal ajaran ‘Garpu Tala’

Ramai mungkin terkejut apabila kami menyatakan bahawa seorang influencer atau motivator terkenal mengamalkan, mempertahankan, dan menyebarkan ajaran GARPU TALA.

Bahkan influencer itu dengan selamba menyatakan bahawa beliau tahu ramai ilmuan agama mengkritik amalan itu tetapi bagi beliau, dalam rangka mempertahankan Garpu Tala, beliau berhujah dengan semua benda yang berlaku adalah dengan izin Allah. Mungkin ramai jua tidak tahu Garpu Tala itu apa sebenarnya.
.
.
Method Garpu Tala atau istilah lainnya adalah Istikharah Dengan Al-Quran. Ia dipopularkan seorang trainer dari seberang, dan bertambah popular lepas dipromosikan seorang prof dr mata yang beralasan ‘daun yang gugur pun berlaku dengan izin Allah’.

Dr. Mustafa al-Bugha dan Dr. Muhyiddin Misto meletakkannya bawah bid’ah-bid’ah yang berkaitan dengan al-Quran.

Shaikh Nuruddin al-Banjari turut menyatakan dalam video ini bahawa para ulama melarang perbuatan itu. Rujuk sini –> https://www.youtube.com/watch?v=w7UgdEK6w4o
Eh, kami tak buat istikharah al-Quran lah. Kami buat Garpu Tala!

Tukarlah 1001 nama pun. Ia tetap benda yang sama.

Ada orang ajar bila ada masalah, terus buka al-Quran. Muka surat yang terbuka secara spontan itulah jawapan kepada masalah kita.

Ada tukar berubat ‘Islam’ katanya pula akan angkat tangan kemudian pusing atas ke bawah, kat ayat mana jari dia berhenti, maka kat situlah ayat yang sesuai dibaca untuk ubat pesakit.
Semua ini termasuk dalam hal yang disebutkan sebagai istikharah al-Quran walau namanya berbeza-beza.
Yang Nabi s.a.w ajar ialah solat istikharah.

Sahabat saya Ustaz Suhili Nain ada menulis berkaitan hal ini:

Perbuatan Garpu Tala ini menyamai amalan Syiah yang disebut sebagai Istikharah Bil Quran dan disebutkan dalam kitab Syiah berjudul Tahdzib Al-Ahkam (juz. 3, hal. 310) karya Ath-Thusi, Fath Al-Abwab (hal. 56, 278-279) karya Ibnu Thawus.

Ini contoh daripada kitab Syiah:

حديث عن رسول الله صلی الله عليه وآله وسلم أنه قال: إذا أردت أن تتفائل بكتاب الله، فاقرأ سورة الإخلاص ثلاث مرات، ثم صل على النبي صلی الله عليه وآله وسلم ثلاثاً، ثم قل: (اللهُمَّ إِنِّي تَفَأَّلْتُ بِكِتَابِكَ وَتَوَكَّلْتُ عَلَيْكَ فَأَرِنِي مِنْ كِتَابِكَ مَا هُوَ الْمَكْتُومُ مِنْ سِرِّكَ الْمَكْنُونِ فِي غَيْبِكَ) وخذ الفال (الاستخارة) من الخط الأول في الجانب الأول (أي: الخط الأول من الجانب الأيمن من القرآن

“Hadis daripada Rasulullah SAW, bahawa beliau berkata: Apabila engkau hendak bertafaul dengan kitab Allah, maka bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali, lalu berselawat tiga kali ke atas Nabi SAW lalu bacalah: ‘Wahai Allah, sesungguhnya aku bertafaul dengan kitab-Mu dan aku bertawakal kepada-Mu, maka aku perlihatkanlah aku daripada kitab-Mu apa yang tersembunyi daripada rahsia-Mu yang berharga dalam ilmu ghaib-Mu.’ lalu bertafaullah (istikharah) dengan baris pertama daripada bahagian perrama (iaitu baris pertama daripada bahagian kanan daripada Al-Quran yang dibuka).” (Fath Al-Abwab, juz. 3, hal. 310)

Apabila saya merujuk karya ulama, Ahli Sunnah, saya dapati kaedah Istikharah Bil Quran ini dikategorikan dalam perkara amalan yang diada-adakan.

Ulama yang menyatakan sedemikian adalah Dr. Musthafa Dib Al-Bugha dan Dr. Muhyiddin Mistu dalam kitab mereka Al-Wadhih Fii Ulum Al-Quran.

ومن الناس من يستخير بالقرآن بطريقة أخرى، وهي أن يأخذ المصحف ويفتحه عفوا ثم ينظر إلى أولى سطر في الصحيفة الأولى، وبعضهم يعدّ سبع ورقات ثم سبعة أسطر ثم سبع كلمات، ثم يقرأ، فإن وجد آية تأمر بفعل شيء فعل، وإن وجد آية تنهى عن فعل شيء ترك الفعل، وهذه الاستخارة لا أصل لها في الشرع ولم تنقل عن أحد من الأئمة أو العلماء،

“Dan antara manusia ada yang beristikharah dengan Al-Quran dengan cara lain, iaitu mereka mengambil mushaf dan membukanya secara automatik (tanpa dirancang), lalu melihat kepada baris pertama dalam halaman pertama (yang dibuka). Dan sebahagian daripada mereka menghitung halaman ketujuh, kemudian baris ketujuh, kemudian perkataan ketujuh lalu membacanya. Sekiranya dia mendapati ayat memerintahkan melakukan sesuatu, maka dia melakukan (rancangannya), sekiranya dia mendapat ayat yang melarang, maka dia meninggalkan perbuatan tersebut. Ini adalah kaedah Istikharah yang tiada asal baginya dalam syarak, dan tidak dinukilkan daripada seorang pun daripada kalangan imam atau ulama.” (Sumber: Al-Wadhih Fii Ulum Al-Quran)
.
Kesimpulannya, jauhilah Metode Garpu Tala ini. Ia adalah amalan direka-reka, lebih-lebih lagi perkara ini kelihatannya mirip dengan ajaran Syiah.

Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan cara istikharah yang betul, dengan melakukan solat dan doa istikharah. Maka, ikutilah sunnah yang diajarkan oleh baginda..

======
***Baca juga 6 BAHAYA METODE GARPU TALA.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3919591614735175&id=100000531253943
.
Baca di sini, influencer tersebut terlibat dalam mempromosi program yang membawa amalan Garpu Tala —> https://www.sinarharian.com.my/…/Mega-Seminar-Magnet…

Tonton di sini, bagaimana influencer itu berhujah dengan semua berlaku dengan izin Allah untuk mempertahankan ajaran Garpu Tala —> https://www.youtube.com/watch?v=jCtx2j8q_gw

Sumber:

CATEGORIES