Genap setahun kerajaan PH arwah, wajah-wajah mengaku PH waktu menang kian hilang

Genap setahun kerajaan PH arwah, wajah-wajah mengaku PH  waktu menang kian hilang

Hari ni adalah Hari Haul Almarhum Kerajaan PH, genap setahun PH jatuh akibat tak cukup majoriti dan Mahathir letak jawatan.

Genap setahun juga, berpuluh2 wajah tokey2 mengaku PH yang muncul selepas PRU 14 dulu hilang, sebelum tu sebaik sahaja menang PH, merekalah yg bergelewak berjujuk susun jadi ekor Menteri dan Timbalan Menteri serta Pengerusi GLC dan Agensi.

Yang di Kelantan ni berapa ramai ada begitu, kita yang urus hal ehwal pilihanraya dan parti sebelum PRU 14 pun tak pernah nampak kelibat bulu hidung dia, alih2 bila dia muncul, dia mengaku banyak ribu dah dia bagi pada kita sebelum PRU 14 dulu senyap2, senyap tak senyap sampai dalam akaun parti pun tak nampak apa yg dia bagi, nok oyat betapa senyapnya pemberian yg dia duk jaja canang tu.

Kini, semuanya sudah balik asal, hanya tinggal muka wajah orang asal penggerak parti sebelum PRU dulu, juga disertai orang baru yg ikhlas berjuang bersama dalam parti, walaupun PH sudah jatuh macam tiada harapan nak bangun kembali, selagi kekuatan pembangkang tak disatukan semula melawan puak tebuk atap pintu belakang PN ini.

Kini, puak tokey hulur bantuan belakang tabir itu mula bergelewak di betis, paha dan pe**r puak PN pula, biasalah ambo orang meniaga, nanti ada untung kawe tok lupo ko puak demo, begitulah ayat standard skema puak tokey tu rata ratanya.

Inilah pengajaran kepada kita semua, masa ada kuasa, pastikan parti kuasai kerajaan, atur suai dan buat aspirasi yg untungkan rakyat, negara serta nama baik parti selaku penguasa, bukan lagi melantik dan memberi itu ini kepada tokey kaya setelah didodoi dgn kata2 manis hingga buat orang keliling pemimpin jadi menteri itu jadi bengong dan lupa.

Dengan kata lain, cukup2lah muka tula muka sama, bagi orang lain pulaklah, demo sudah ccalar ggores bodi tokleh nak dipercaya, sekadar tukat bersama di kedai kopi bolehlah, nak buh dalam perut perit dohla.

Sumber: