Sidang media selepas perlawanan oleh Ruben Amorim terganggu akibat titisan air dari bumbung yang bocor.
Sebelum ini, stadium Old Trafford sering tular dengan bumbungnya yang bocor.
Namun, kali ini, buat pertama kalinya, bumbung di bilik media pula yang bocor.
Ketika Amorim sedang memberikan pandangannya tentang perlawanan, kelihatan air menitis dari atas.
Keadaan ini agak membahayakan kerana boleh menjejaskan keselamatan.
Ruben Amorim sendiri kelihatan terganggu dengan situasi tersebut. Wartawan turut bersimpati dengannya.
Seorang peminat menyatakan bahawa ini adalah satu lagi kebocoran di United, merujuk kepada kenyataan Amorim yang mengkritik ada pihak dalam pasukannya yang membocorkan maklumat berkaitan skuadnya menjelang perlawanan.
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) December 22, 2024
Manchester United menelan kekalahan memalukan sekali lagi di hadapan penyokong mereka sendiri, kali ini tewas 0-3 kepada Bournemouth.
Gol pertama pada separuh masa pertama oleh Dean Huijsen dan dua lagi gol pada babak kedua melalui penalti Justin Kluivert serta jaringan Antoine Semenyo menambah derita buat United.
Setan Merah melakukan 23 percubaan ke arah gol, namun kualiti penyudah mereka sangat tumpul.
Kekalahan ketujuh mereka dalam liga musim ini menyaksikan United terus kekal di tangga ke-13 dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Sementara Bournemouth terus cemerlang di tangga kelima, berada di atas Aston Villa dan Man City, hanya 3 mata di belakang pasukan di tangga keempat, Arsenal.
BACA: “Tak payah! Mummy tak perlu kahwin lagi” Anak tak restu Rita Rudaini kahwin lagi