Guna logo bulan di PRN Melaka hanya pendirian Tuan Ibrahim bukan Pas – Zuraida

Guna logo bulan di PRN Melaka hanya pendirian Tuan Ibrahim bukan Pas – Zuraida

Cadangan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya parti yang mahu bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menggunakan logo parti itu hanyalah pandangan peribadi.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Zuraida Kamaruddin berpendapat, idea yang dicetuskan oleh pemimpin itu bukanlah pendirian PAS sebagai sebuah organisasi parti.

 

Guna logo bulan di PRN Melaka hanya pendirian Tuan Ibrahim bukan Pas - Zuraida

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya percaya kepimpinan parti akan memikirkan strategi terbaik untuk memastikan Melaka terus berada di bawah pemerintahan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri nanti.

“Saya rasa peringkat kepimpinan belum lagi putuskan untuk muktamadkan semua itu kerana ketika ini ia masih lagi pada peringkat berbincang, menilai dan sebagainya.

“Peringkat memuktamadkan itu belum lagi ditentukan sehinggalah tiba pada waktu penamaan calon. Jadi, kita tunggulah penamaan calon, apa keputusannya,” katanya menurut laporan Sinar Harian, pada sidang akhbar selepas lawatan di Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia, Nilai, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan cadangan Tuan Ibrahim supaya semua parti yang bersetuju bekerjasama dengan PAS, menggunakan satu logo iaitu logo PAS pada PRN Melaka, 20 November ini.

Menurut Zuraida, pihaknya percaya kepimpinan parti akan memikirkan strategi terbaik untuk memastikan Melaka akan terus berada di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) pada PRN nanti.

Tambah beliau, semestinya kepimpinan parti akan memikirkan kombinasi terbaik untuk mencapai kemenangan.

Selasa lalu, media melaporkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Gerakan sepakat untuk bertanding pada PRN Melaka menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menjelaskan, keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas yang diadakan.

Namun pada Khamis, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat keputusan untuk bekerjasama dengan PAS pada PRN Melaka.

Pada Jumaat pula, Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin Sidek berkata, PAS akan membincangkan mengenai keputusan Umno untuk menjalankan kerjasama politik dalam PRN Melaka pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Ahad ini.

BACA JUGA : Tuan Ibrahim puji Pas, parti yang luar biasa tahap kompromi
Umno dan Pas saling perangkap memerangkap…

CATEGORIES