Gunung berapi di Amerika dijangka meletup, rupanya dalam Al-Quran dah cerita pasal ini

Oleh GEMILANGDAILY

Gunung berapi di Amerika dijangka meletup, rupanya dalam Al-Quran dah cerita pasal ini.

Semalam, ahli geologi memberi amaran dua pertiga populasi dunia ini akan pupus sekiranya kawah berapi Yellowstone meletus.

Kesan dari letusan itu juga akan menyebabkan seluruh Amerika musnah. Menurut Dr Jerzy Zaba dari University of Silesia di Poland,

Gunung berapi di Amerika dijangka meletup, rupanya dalam Al-Quran dah cerita pasal ini

letusan itu sangat berbahaya dan ia merupakan kejadian alam yang tidak dapat dielakkan, lapor Daily Star.

Kawah berapi yang terletak di Yellowstone National Park di Wyoming, Amerika Syarikat ini dilaporkan bakal meletus pada bila-bila masa sahaja dengan beberapa amaran dikeluarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya menjangkakan letusan yang sama seperti 640,000 tahun dahulu bakal berlaku sekali lagi dan letusan itu sangat hebat sehingga memusnahkan kebanyakan daerah di AS.

“Bahan-bahan letusan dari kawah itu akan meliputi segalanya dalam radius 500 kilometer.
Malah, akibat dari debu dan pembebas gas dari sulfur monoksida ke ruang udara akan menyebabkan cuaca sejuk.

“Saya turut menjangkakan akibat dari letusan kawah berapi yang menyebabkan perubahan iklim secara drastik, lebih lima bilion penghuni dunia ini akan mati akibat kelaparan,” katanya sepertimana laporan portal Wirtualna Polska.

Kawah berapi yang terletak di Yellowstone National Park di Wyoming, Amerika Syarikat sering menjadi tumpuan pelancong

Jika Taman Negara Yellowstone ini meletus, bahan-bahan letusan dari kawah itu akan meliputi segalanya dalam radius 500 kilometer. Malah, akibat dari debu dan pembebas gas dari sulfur monoksida ke ruang udara akan menyebabkan cuaca sejuk.
Di sebalik kejadian yang membimbangkan dunia ini, al-Quran yang menjadi kitab untuk dibaca, dirujuk dan diamalkan oleh umat Islam sudah membicarakan hal ini dalam surah ad-Dukdan sejak 1400 tahun dahulu.

Dinyatakan jika sebuah gunung meletus, abunya dapat berterbangan menutupi atmosfer bumi. Debu yang menutupi langit dapat membuat sinar matahari terhalang dan cuaca di bumi menjadi dingin seketika.

“Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih,” bunyi Surah Ad-Dukhan ayat 10-11.

Penduduk bakal dipindahkan besar-besaran

Dalam pada itu Astro Awani dalam laporan, sebagai langkah keselamatan awal, Dr Zaba berkata satu-satunya cara yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan pemindahan penduduk setempat secara besar-besaran terutamanya apabila ada tanda-tanda letusan dalam masa terdekat ini.

Untuk rekod, sejak 2.1 juta tahun dahulu kawah berapi itu pernah meletus sebanyak tiga kali dan landskapnya akan berubah setiap kali ia terjadi.

Sejak 2001, badan organisasi yang menjalankan kajian pemerhatian dikenali sebagai The Yellowstone Volcano Observatory (YVO) yang diketuai oleh Kajian Geologi AS telah melakukan pemerhatian terperinci kawah berapi itu.

Untuk memahamkan pembaca mengenai Yellowstone ini, seorang pengguna fb atas nama John Mohamed menulis agak detail mengenai Yellowstone ini yang harus kita fahami.

Super Volcano di Yellowstone bakal meletup?

Yellowstone merupakan taman negara yang terletak di daerah Wyoming di Amerika Syarikat, merupakan tempat pelancongan yang sentiasa menjadi tarikan orang ramai dan para saintis. Sememangnya sangat indah untuk dilawati kerana kawasannya yang mempunyai geiser dan kawah air panas yang berwarna warni.

Yellowstone mempunyai satu rahsia terpendam yang mungkin ramai tidak tahu iaitu terdapat satu ruangan yang cukup besar dan mengandungi magma atau batuan cair. Tempat ini juga merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif cuma mengambil masa yang agak lama untuk meletus. Ahli sains dan kaji bumi yang membuat kajian berkata, terdapat beberapa gegaran kecil iaitu gempa bumi yang lemah akibat magma yang berada dibawah tanah sedang bergerak. Yellowstone mempunyai takungan magma yang besar dan berukuran hampir 5 batu kedalam bumi dan disalurkan oleh magma dari mantle bumi.

Kawah Yellowstone ini mencapai keluasan 72km yang boleh dilihat dari angkasa, kalau buka google earth anda akan nampak betapa besarnya kawah Yellowstone ini. Letusannya yang terdahulu 2500 kali lebih kuat berbanding letusan gunung berapi St Helen yang terletak di Amerika Syarikat. Gunung berapi ini telah meletus sebanyak 3 kali dalam sejarah nya, 2.1 juta tahun,1.3 juta tahun dan paling terbaru 640,000 ribu tahun dulu.

Letusan yang terdahulu menghamburkan kira kira 1000km kubik padu yang bercampur dengan batu serta debu ke langit. Ini bermakna peluang untuk gunung berapi ini untuk meletus kali ke 4 masih besar dan kemungkinan yang paling hebat. Ini menyebabkan ramai saintis dan ahli kaji bumi risau mengenai perkara ini.

Pada permukaan ia hanya sebesar 72 km tapi muntahan larvanya pernah memuntahkan 1000 km kubik padu. Jika inilah yang berlaku buat kali ke empat, ia mampu memusnahkan 5 bilion populasi dunia akan pupus.

Separuh dari kawasan di Amerika akan musnah jika super valcano ini meletus

Melalui kajian terbaru dan hasil bacaan saya di internet menunjukkan setiap bulan pasti ada berita terbaru yang akan menyebabkan orang yang sentiasa mengikuti perkembangan Yellowstone akan merasa risau, setiap hari akan direkodkan gempa bumi lemah disekitar Yellowstone tersebut.

Para saintis sudah dapat lihat tanda awal kehadiran magma yang menyebabkan pokok disekitar kawasan tersebut mati akibat gas dan suhu tinggi yang mula naik dari bawah tanah.

Kesan buruk akibat letusan Yellowstone ini sangat bahaya, boleh menyebabkan jutaan manusia mati akibat gas dan debu yang sangat beracun, aliran pyroclastic yang mencecah 300kmj dan gas panas setinggi 1000c akan menghancurkan seluruh isi yang terdapat disekitar Yellowstone dan hampir separuh dari negara Amerika akan musnah akibat letusan hebat yang sudah lama menunggu masa untuk meletup dalam abab ke 21 ini.

Beberapa jam selepas letusan berlaku, keadaan disekitar tempat tersebut mula bertukar menjadi gelap segelapnya sehinggakan perlu bantuan lampu, itu pun kalau meletup pada waktu siang. Perubahan iklim yang mendadak akan berlaku dalam tempoh beberapa hari kemudiannya.

Larva dari gunung berapi Yellowstone ini begitu berbeza dengan letupan gunung berapi yang pernah berlaku di beberapa buah negara yang dilanda letusan sebelum ini
Selang beberapi hari, asap dan debu kemudiannya akan dibawa oleh angin dan akan menutup cahaya matahari dibeberapa negara. Akibatnya banyak tanaman dan haiwan ternakan akan musnah akibat kekurangan makanan, wabak dan penyakit akan melanda seluruh dunia pada ketika itu,kejadian ini dinamakan sebagai Volcanic Winter yang disebabkan oleh debu gunung berapi mengandungi sulfur oksida yang mampu menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi.

Partikel halus dan tajam akibat ledakan gunung berapi ini akan mula masuk didalam lautan,tasik dan sungai yang akan menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat disalurkan. Kemungkinan besar pada waktu tersebut akan berlaku kacau bilau yang sangat hebat, mana tidaknya sudahlah makanan dicatu malah air untuk diminum pun hampir kering.

Begitu hebat kesan letupan gunung berapi yang berskala mega ini yang akan menyebabkan jutaan manusia mati, ekonomi akan menjadi tidak tentu, harga makanan melambung tinggi secara mendadak, suhu dunia mulai turun. Manusia yang terselamat pada ketika itu mungkin terkapai kapai untuk menyelamatkan diri.

Tanda-tanda akhir mahu berlaku kiamat

Dinyatakan juga sebahagian dari tanda-tanda berlakunya kiamat yang ditulis dalam buku Tafsir Ilmi dengan tema “Kiamat dalam Perspektif Alquran dan Sains“, dijelaskan bahawa segala peristiwa pasti diawali dengan munculnya tanda-tanda.

Sebelum gunung berapi meletus misalnya, di sekitar kawasan tersebut biasanya terjadi beberapa tanda sebagai isyaratnya.

Tanda-tanda itu seperti udara semakin panas, dedaunan mengering, haiwan-haiwan turun dari gunung, munculnya semburan (letusan) asap dari kawah, dan sebagainya. Bila peristiwa seperti gunung api meletus itu memiliki tanda-tanda, maka kiamat yang merupakan peristiwa besar juga demikian.

BACa:

Rezeki raya! Peladang ini auto kaya jumpa emas zaman Jepun jajah Tanah Melayu di ladang kelapa sawit di Sabah

Muah-Muah Raya pula dah! Lepas Aliff Syukri, Dato Vida pula buat hal!