Gunung berapi ‘muntahkan’ ketulan emas, setiap satu boleh cecah dekat RM30K

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Sebuah gunung berapi di Benua Antartika dilaporkan memuntahkan ketulan-ketulan emas kecil

Dengan nilai kira-kira AS$6,000 (RM28,656) setiap hari.

Gunung Erebus, yang terletak di Antartika adalah gunung berapi paling aktif

Di kawasan tersebut dan terletak di antara dua lapisan glasier.

Gunung yang popular di kalangan pendaki dan pelancong itu mempunyai ketinggian sebanyak 3,794 meter.

Gunung berapi ‘muntahkan’ ketulan emas, setiap satu boleh cecah dekat RM30K

Menurut penyelidik-penyelidik Antartika, kira-kira 80 gram emas dimuntahkan setiap hari melalui letusan gelembung gas,

sementara emas telah dikesan sehingga jarak kira-kira 900 kilometer dari gunung berapi tersebut.

Difahamkan, gunung berapi itu pernah meletus pada tahun 1841 semasa pelayaran Kapten James Clask Ross yang melakukan tinjauan magnet di Artik dan Antartika.

Baca juga: CEO GISB dan isteri fail ‘habeas corpus’ minta dibebaskan segera, ini maksud ‘habeas corpus’