Gurmit rela jadi Phua Chu Kang sampai tua kalau diberi peluang

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Meskipun sudah 17 tahun, ramai tidak akan lupa watak ikonik dengan rambut ‘afro’,

tahi lalat di pipi serta kasut but kuning yang pernah menghiasi televisyen di awal tahun 2000.

Pelakon legenda Gurmit Singh bersyukur watak terseut masih diterima

meskipun sitkom komedi popular, Phua Chu Kang Pte Ltd berakhir pada tahun 2007.

Jelasnya hingga kini ramai masih menyokongnya dan menantikan kemunculan semula Phua Chu Kang lapor Berita Harian.

Gurmit rela jadi Phua Chu Kang sampai tua kalau diberi peluang

“Saya gembira apabila masih lagi dikenali sehingga kini. Phua Chu Kang sangat ikonik kerana ramai peminat yang menonton dan sentiasa menyokong.

“Bagi saya, perkara ini sangat menyenangkan kerana sehingga kini saya masih diterima dan disayangi, malah ada juga yang sentiasa bertanya bila Phua Chu Kang akan membuat kemunculan semula.

“Tapi, ia bukan keputusan saya dan perlu bergantung kepada stesen televisyen (TV) adakah mereka mahu membawa semula sitkom ini.

“Seingat saya, kali terakhir watak ikonik ini muncul di TV pada 2007, iaitu 17 tahun lalu,” katanya seperti dipetik BH Online.

Pada masa sama, pelakon berusia 59 tahun itu tidak akan menolak pelawaan untuk menjayakan watak tersebut meskipun usia mencecah 90 tahun.

“Saya berbangga bila Phua Chu Kang masih relevan hingga hari ini dan kerajaan di Singapura juga banyak ambil untuk menjayakan beberapa kempen.

“Walaupun karakter ini fiksyen, tapi saya bangga kerana ramai terima dan terhibur dengan jenaka disampaikan.

“Jika saya boleh terus bawa watak Phua Chu Kang sehingga usia 90 tahun, saya akan buat, tapi mungkin akan berbeza. Ramai juga yang tanya bila Phua Chu Kang akan kembali,” katanya.

Baca juga: ‘Masa nak akad nikah aku nampak adik ipar berbisik dengan makcik dengan muka serius, aku hampir pitam bila dapat tahu..’