GV: Kecoh satu dewan bila Shafinaz sebut pasal saiz ‘5 inch’, double meaning betul. Kehadiran pensyarah vokal, Datuk Syafinaz Selamat atau Tok Naz sebagai juri tetap program realiti Gegar Vaganza musim ke-9 benar-benar mencuri tumpuan. Bukan setakat fesyen ditampilkan olehnya anggun saban minggu, malah siapa sangka beliau juga pandai melawak orangnya. Ingatkan jenis juri yang serius je sebelum ni.
Ajar Asheed cara pronounce yang betul…panggil Fuad Rahman masuk pentas balik semata-mata tegur seluar 5 inci
Dalam konsert minggu ke-6 malam tadi, Datuk Syafinaz tetap berikan komen yang membina buat bintang GV9 tapi menjadi lucu apabila turut disakat hos Nabil Ahmad. Antaranya, beliau berkongsi ilmu dengan Asheed Def Gab C mengenai cara sebutan ‘th’ dalam Bahasa Inggeris yang lebih tepat. Selain itu, Tok Naz turut panggil semula Fuad Rahman untuk masuk semula ke pentas utama semata-mata untuk menegur stail seluarnya agar tampak lebih kemas.
@d4fordanny Bila Syafinaz ajaq pronounce yg tepat. #foryou #gv9 #toknaz #syafinazselamat #gegarvaganza ♬ original sound – D4forDanny
@d4fordanny hahaha.. Nabil ngn Syafinaz boleh tahan gak mlm ni 🤣 #gegarvaganza #syafinazselamat #toknaz #gv9 #nabil ♬ original sound – D4forDanny
Drama keluarga Tok Naz jumpa adik terpisah 25 tahun di GV9…Shila Amzah & Kak Lina selamba main gitar atas stage
@yusuffsevenkidz #minggu6 #gv9 #gegarvaganza9 #nabilahmad #ellymazlein #antu #syafinazselamat ♬ original sound – YusuffAnak7
Paling mencuit hati, Datuk Syafinaz juga sporting layankan ‘drama keluarga’ bersama Atu Zero susulan tampil dengan rambut menggerbang yang sama. Sementara itu, Elly Mazlein dan Shila Amzah yang berada di atas pentas pula selamba main gitar bersama band. Di hujung konsert, Tok Naz dan Bunda Hetty Koes Endang sama-sama menyertai Tomok untuk ikut menari di atas pentas.
Nabil pening, peserta dah masuk kena panggil balik…kelakar dia lain macam malam tadi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka yang Datuk Syafinaz boleh tahan lucu juga orangnya. Meskipun rambutnya beberapa kali tersangkut malam tadi, tetapi chemistry antara beliau dan hos GV musim kali ini sangat mencuit hati seolah-olah menonton program lawak.
BACA:
Maksud sebenar ‘Out Of Service’ di mesin ATM yang ramai buat-buat tahu
KJ tunjung belang sebenar, tayang bakat main gitar
Pelajar sekolah menengah kena cabul dengan cikgu kelas sendiri