Habis tu apa kisah mak dengan ayah? Terkedu kejap bila kakak dedah kisah sebenar”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Aku kerja dekat pusat jagaan warga emas.Mula-mula masuk pusat ni aku dah nampak, hanya orang berduit je boleh hantar mak bapak dorang dekat sini, mewah siap ada swimming pool!

Aku kenal dengan mak, dia cerita ada anak 8 orang. Aku bayangkan anak-anak dia mesti sibuk sebab tu tak boleh jaga mak.

Hi aku Iffah. Saja nak story pengalaman aku kerja kat rumah orang tua.

Awal tahun hari tu, aku buat kerja gile dengan berhenti kerja (aku seorang engineer), dan berpindah ke suatu negeri lain.

Aku apply jadi caretaker orang tua di sebuah pusat jagaan warga emas, tapi parents, family dan kengkawan aku semua tak tahu.

Habis tu apa kisah mak dengan ayah? Terkedu kejap bila kakak dedah kisah sebenar”

Okay tujuan sebenar aku ambil keputvsan drastik ni agak cliche dan drama iaitu kerana cinta.

Tahun lepas, aku bergaduh dengan tunang aku sampai akhirnya kitorang putvs. Tunang aku ni duda anak dua

. Orangnya baik, cuma kadang-kadang dia suke tuduh aku benda yang aku tak buat atau takde niat langsung contohnya, dia tuduh aku tak suka dia habiskan masa dengan anak-anak dia.

Demi Allah, tak benar langsung tuduhan dia tu. Aku faham je kalau nak kahwin dengan duda ada anak ni, aku kena terima jugak anak-anak dia.

Masalahnya, bile dah janji nak beli baju nikah contohnya, bila aku confirm balik tarikh dengan dia, tiba-tiba dia cakap, dia kena lawat anak-anak.

Aku suarakan lah pasal dia dah janji, terus dia tuduh aku tak suka dia habiskan masa dengan anak-anak, sedih aku.

Dipendekkan cerita, aku mengamuk lepas tuduhan tu dah banyak kali, dan akhirnya kami putvs. Tapi pastu aku meroyan sebab aku memang sayang sangat dengan dia.

Aku cuba pujuk dia untuk kembali tapi langsung dia tak respond.

Kalau respond pun jenis yang marah dan nampak benci sangat. Aku ni pulak jenis em0 sikit, kalau ade masalah relationship, terus tak boleh fokus kerja. Jadi prestasi aku merudum teruk, bos dah mula bising sebab aku selalu ambil cuti.

Aku rase nak tidur atas katil je tak nak bangun. Aku dahlah duduk dengan housemate yang jarang ada. Sunyi giIa waktu tu. Last-last aku hantar resign letter 24 jam terus. Sanggup aku bayar 1 month gaji aku demi tak nak bagi notice sebulan.

Aku rase hopeless sangat waktu tu semua sebab cinta. Ei nak carut pulak sekarang ni bile pikir balik kedangkalan aku tu.

Aku ade jugak nangis kat mak aku pasal putvs tunang tu tapi nangis gitu-gitu jela, tak nak mak aku risau.

Jadi, dengan sekelip mata, aku takde kerja. Takde backup apa-apa pulak tuh.

Simpanan pun simpanan kahwin jelah yang tak seberapa tu. Seminggu aku blur dekat rumah. Tiba-tiba one day aku bangun tidur, aku buat keputusan nak pindah ke negeri bekas tunang aku menetap dan bekerja.

Kami berlainan negeri, jadi aku fikir macam, aku nak pujuk dia depan depan, jadi aku nak pindah terus area tempat dia kerja.

Aku berangan ah nak pujuk dia kaw-kaw, hantar makanan ke apa (bengap). Haha. Tapi aku kenalah cari kerja area situ secepat mungkin kan, aku tryla google pape kerja kosong area bekas tunang aku duduk dan kerja.

Di samping tu, aku pastikan jugak kerja tu, aku dapat tempat tinggal sekali sebab aku takde banyak duit nak sewa rumah, bayar deposit bagai semua tu. Akhirnya, kerja kosong beserta tempat tinggal aku dapat dalam masa sehari je, siap interview semua, dan kerja tu adalah kat pusat jagaan warga emas.

Aku tak pernah jaga orang tua ye, jaga yang sampai kena mandikan cuci ber4k semua ni aku memang zero.

Tapi aku confident je waktu tu aku boleh, jadi aku terima jela kerja tu dengan niat yang salah iaitu nak pergi pujuk bekas tunang aku (di samping dapat duit). Haha.

2 hari kemudian, aku pun berpindahlah ke negeri bekas tunang aku menetap, memang tempat kerja aku, betul-betul dekat area dia bekerja dan tinggal. Pusat jagaan warga emas tu lebih kurang 10 minit je dari tempat bekas tunang tunang aku, jadi aku cam happylah.

Aku dah rangka dalam otak memacam aktiviti nak pujuk dia nanti. Goal aku, bila aku dapat pujuk dia balik, aku berhenti kerja dan balik semula ke negeri aku. Haih bengap kali kedua. Haha. Bile aku sampai je pusat jagaan tu, dari luar aku tengok, ia adalah sebuah rumah banglo besar dan cantik. Di kelilingi pokok-pokok redup.

Kawasan sekitar rumah tu memang tenang. Sebelum datang tu, aku dah inform pengusaha rumah tu, Kak Elya nama dia. Lembut dan baik budi pekerti Kak Elya tu. Dia jemput aku masuk dan tunjuk keadaan sekitar rumah tersebut.

Ada kolam renang kat kawasan belakang rumah, aku siap fikir, wow mesti atok dan nenek semua swimming kat sini. Hehe. Dekat rumah tu ada 2 orang nurse wanita, dan 6 orang caretaker macam aku (yang takde background medical) bekerja kat situ. 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki.

Kire kitorang kena kerja shift la. Ade 3 shift sebab rumah tu beroperasi 24 jam (haruslah kan, takkan ko jaga siang je, abis malam siapa nak jaga). Dalam rumah tu jugak ade 10 orang warga emas. 5 lelaki and 5 perempuan.

Rumah banglo tu memang besar, bilik luas (berkongsilah) tapi memang selesa. Memang tempat untuk orang tua yang berduit, atau anak mereka yang kaya je yang boleh hantar kat situ sebab setiap bulan dia punye bayaran mak oi tercekik aku bile tahu.

Aku menetap kat rumah depan (rumah teres berkembar), bersama caretaker yang lain. Malam first aku kat situ, aku dah mesej bekas tunang aku dan bagitahu aku dah kerja area tempat dia, tapi aku tak bagitahulah aku kerja rumah orang tua.

Aku just cakap aku dapat kerja kat area dia jugak. Jomla jumpe. Takde reply. Sedih aku. Esoknya aku mula bertugas shift pagi. PukuI 7 dah kena tercongok depan pintu rumah orang tua-tua, punchcard pastu mengekor seorang caretaker senior namanye Faseha. Aku panggil Seha je.

Seha lah ajar aku cara mandikan orang tua, cebok berak (susah), bersihkan k3ncing semua tu, pakaikan baju (tough ye bagi aku nak pakaikan baju orang tua dekat kerusi roda), pakai pampers dan sebagainya. Kadang-kadang kena bagi ubat kalau nurse busy (yang ni pun bagi aku susah sebab ade orang tua yang tak suke makan ubat).

Aku jalankan je tugas-tugas aku tu walaupun kekok, hehe, tapi berbanding caretaker lain, aku ni memang suke dengar dan melayan cerite oran-orang tua kat situ. Aku pendengar yang baik (perasan). Sebab aku suka bila dapat tahu kisah orang dan dalam masa yang sama, dapatlah aku amik iktibar sekali.

Dalam banyak-banyak orang tua kat situ, ada satu aunty ni (aku tak address dia sebagai makcik sebab aku rasa aura dia begitu korporat, dia memang kerja sebagai orang atasan sebelum dia sakit). Umur aunty ni around 79 tahun.

Aunty ke ek? Aku 28 tahun. Ke aku patut panggil dia grandma? Huhu. Dia suke cerita pasal husband dia, pasal anak-anak dia ada 8 orang dan penceritaan dia tu sangat detail. Selain itu, dia menghidap skizofrenia. Setiap kali aku datang bagi makan ke, nak mandikan dia ke, mesti dia akan cerita pasal husband dia yang bernama Kifli.

Kifli ni husband kedua dia. Aku tanya jugak, yang bekas suami dia yang pertama dulu, bercerai ke meninggaI? Direct ye aku. Aku memang penyibuk. Hehe. Dia cakap bekas suami tu abuuse dia, jadi dia malas nak cerita pasal bekas suami dia tu.

Kaki pukuI dia cakap. Dia suke cerita pasal Kifli ni, sebab dia cakap Kifli sayang dengan dia. Aku waktu tu fikir, mesti Kifli ni dah meninggaI dan anak-anak dia tak nak jaga dia atau busy ke apa. Sebab tu hantar aunty ni kat pusat jagaan mewah ni.

Lagipun aunty ni someone, jadi berduit lah untuk duduk tempat premium. Kalau lalu kat katil dia, dia penghidap skizo kan, jadi memang da seolah-olah tengah bercakap-cakap dengan seseorang. Watak-watak yang selalu muncul yang aku perasan ialah, husband dia si Kifli, Tina, dalam cerita dia, Tina tu kawan ofis dia, dan anak dia nama Fahri.

Dialog dia lebih kurang sama je, pasal dia tanya Kifli, betul ke Kifli ade hubungan dengan Tina, pastu ada part dia menangis, kadang-kadang dia gelak-gelak sebab mungkin Kifli khayalan tu tengah pujuk and usik dia (bayangan aku). Haha.

Aku kalau bagi makan kat dia, mesti aku sibuk korek cerita dia dan tanya mana dia tahu Kifli dengan Tina ade hubungan? Kantoi ke camne? Wartawan Melodi sangat aku ni. Dia akan jawab “Mak tahulah, mak perempuan,”.

Aunty ni memang bahasekan diri dia mak kat semua orang. Dia cakap, Kifli sayang dia, jadi dia tak peduli pun kalau Kifli ade hubungan dengan Tina. Tina bukan cantik pun. Mak lagi cantik, katenye. Memang aunty ni cantik.

Dah tua pun cantik, jadi aku setuju bila dia cakap dia cantik. Haha. Kadang-kadang, tetibe je dia meng4muk marah Fahri, sebab Fahri, anak dia tu tak nak kahwin dengan perempuan pilihan aunty ni. Atau ada part, dia macam tengah cakap dengan Kifli pasal si Fahri yang tak dengar cakap dia.

Seolah -olah, dia tengah pillow talk dengan suami di malam hari. Hari-hari aku dipenuhi dengan kisah-kisah orang tua kat situ, tapi aku paling suke kisah aunty ni lah, sebab best, kisah dia berulang-ulang cerita sama sampai aku dah ingat dah kronologi cerita dia.

Cerita tentang Kifli, Tina dan Fahri tu banyak lagi sebenarnye, tapi aku just cerita yang basic je kat sini. Sampailah satu hari, aku tengah lepak waktu tu dan tangan gatal nak baca file history setiap orang tua kat situ. Itu pun sebab aku baru perasan ade file details sejarah family, sakit dan sebagainya untuk setiap orang tua kat situ.

Dah tentulah aku baca file aunty tu first. Aku baca-baca pastu aku macam pelik. Dekat bahagian status dia, tercatit ‘Bujang’. Bujang? Bukan patut dia tulis ‘Janda’ ke or ‘Balu’ ke apa kan? Aku confuse tapi aku baca details lain pulak.

Tertulis kat situ, orang yang admit aunty tu ke pusat jagaan warga emas ni adelah adik dia. Aku macam pelik. Mana anak -anak dia ek? Kebetulan ade akak nurse kat situ, jadi aku tanyalah, “Kak, kenapa mak ni dia tulis bujang ek? Dia bukan dah kahwin ke?”

Kak nurse pun jawab “Bile mase pulak dia kahwin. Dia tak pernah kawen. Dia bujang sampai tua,” Terkedu aku kejap. “Abis siapa Kifli yang dia asyik cerita kat saya tu kak? Dia pernah story kat akak tak?” Blur kejap aku. Kak nurse pun cakap “Setahu akaklah, based on cerita Kak Elya, pengusaha rumah ni, Kifli tu lelaki yang dia minat tapi laki tu suami orang.

Dia minat Kifli tu, tapi yelah tak kesampaian lah cinta dia tu, suami orang kan. Sampai tua dia tak kahwin tunggu Kifli tu.” “Kak, habis tu anak-anak dia yang 8 orang tu, tak wujud ke kak? Fahri and Tina tu tak wujud ke kak?”

Sumpah aku rasa nak menangis, sebab aku sangat mendalami cerita hidup dia, rupenye semua tu khayalan aunty tu je?! Kak nurse terus ingatkan aku pasal yang aunty tu skiz0. Benda macam tu expected. Murung aku kejap.

Aku tidur tak nyenyak beberapa hari lepas tu, mengenangkan orang-orang yang aku anggap wujud, sebenarnye takde pun. Kalau ade pun, bukan seperti yang aunty tu ceritakan. Banyak lagi kisah orang-orang tua kat situ sepanjang aku bekerja selama 5 bulan di pusat jagaan warga emas tu, tapi aku paling ingat tentang aunty yang suke cerita pasal husband Kifli dia tu and aku decide nak cerita kat sini.

Tak tahulah ape faedahnye aku confess. Tentang bekas tunang aku pulak, setelah 5 bulan, aku masih tak berjaya pujuk dia tapi slowly, aku berjaya move on asbab aku lepak kat rumah orang tua. Tanpa aku sedari, lama kelamaan, perasaan aku berubah

Aku pun tak tahu macam mana boleh berubah tapi akhirnya, aku buat keputvsan nak pindah semula ke negeri aku menetap dan cari kerja hakiki aku semula iaitu Engineer. Alhamdulillah aku berjaya dapat kerja baru dengan cepat.

Aku selalu bersyukur sebab berpeluang kerja kat rumah orang tua tu walaupun niat aku salah awalnye. Banyak pengajaran aku dapat, dan aku berjaya move on dari bekas tunang secara total. Semalam bekas tunang aku mesej dan cakap dia rindu dengan aku, aku buat tak tahu je dan padam mesej dia.

Aku dah takde rasa nak sambung perhubungan ke apa. Aku pun dah terlupa dia wujud, sebab aku busy dengan kerja baru. Itu jelah aku nak cerita. Sorry kalau tak best. Hehe. Just cerita kehidupan yang random. Sampai sekarang takde siapa di kalangan ahli keluarga, siblings, sed4ra mara or member aku yang tahu yang aku pernah tersesat kerja kat rumah orang tua. – Iffah (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Wander La : Kawan saya pun pernah keje jaga orang tua. Banyak pengalaman selama dia keje situ termasuk kisah seram tapi bagi saya , orang yang keje jaga orang tua kat rumah orang-orang tua ni memang saya tabik spring sebab perlu ade kesabaran yang tinggi nak melayan kerenah mereka yang bermacam ragam. Perlu ditatang seperti baby yang baru lahir. Tahniah tt sebab dah berjaya move on dari orang yang tak hargai kita.

Rose Linda Roslan : Best la kisah ni. Rugi siapa tak kahwin dengan iffah. Engineeer, kelako, determined (sanggup tu tukar kerja demi nak pujuk) cuma short-sighted sikit (berhenti kerja demi seketul duda). Jangan risau, nanti mesti Allah bagi jodoh yang lagi best dan betul-betul sesuai. Semoga terus cemerlang dalam career, jalan terus!

Kiki Mia : Yea.. Dah agak hehe. Sebab tu kalau dengar cite orang-orang tua kat tepi jalan jual kuih ke homeless ke kalau cakap anak dia buang dia la apa lah hakikatnya tak selalunya betul. Kadang-kadang mereka cerita je dan khayalan sendiri.

Teringat yang pernah viral hari tu. Ramai yang kecam sape anak orang tua tu. Anak hantar ke pusat orang tua pun kadang -kadang terpaksa bukannya anak tu jahat sangat pun, dah terdesak sangat. Selalukan dengar cite from both sides before taking side.

BACA:“Entah sampai bila saya akan balik kampung lagi, masih terngiang-ngian suara adik bongsu tak puas ahti dengan saya jadi punca tak balik kampung”