Tular di media sosial video Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang mendakwa bermimpi bertemu Rasulullah SAW di Kampung Rusila, Terengganu.
Video tersebut dipercayai dirakam semasa satu majlis anjuran parti itu yang diadakan beberapa hari lalu.
“Saya bermimpi bertemu Rasulullah. Cerita tentang mimpi bertemu Rasulullah bukan mudah.
Saya telah memberitahu (Allahyarham) Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat), saya juga berkongsi dengan (Allahyarham Datuk Dr)
Haron Din serta Ustaz (Datuk) Hashim Jasin, dan beberapa orang alim lain di Majlis Syura Ulama.
“Tak mahu berkongsi tentang mimpi ini (mimpi Rasul), kerana bercakap tentang Nabi jika kita berbohong, tempatnya sudah sedia di neraka.
“Saya sembahyang Istikharah, dan dalam mimpi itu, Rasulullah datang melawat ke Kampung Rusila, diiringi oleh beberapa orang sahabatnya… orang boleh kata apa saja, saya akan tetap cerita,” kata Abdul Hadi dalam video tersebut.
@inforakyartHAJI HADI PAS CERITA MIMPI NABI #KongsiBersama #fypシ゚viral #foryou #isusemasa #foryoupage #PN #perikatannasional #walaunkoyak #walaunpas #muhyiddin #bersatu #pas #hadiawang #sanusi #abahkau #abahcow #ustazazharidrus
Menurut penjelasan Ahli Parlimen Marang itu, mimpi tersebut dipercayai telah lama berlaku kerana beliau sempat menceritakan perkara ini kepada bekas mursyidul am PAS, Nik Aziz.
Abdul Hadi menyatakan bahawa dalam pertemuannya dengan baginda Rasul dalam mimpi itu, Rasulullah memberitahu beliau ingin bercakap dengan golongan sunni dan juga syiah.
“Dalam mimpi itu, terdapat kesan parut dari perang Uhud di wajah baginda. Dia datang dan terus memberi salam serta menyebut nama saya.
“Kemudian, baginda berkata dalam Bahasa Arab (yang bermaksud) saya ingin bercakap dengan orang sunni, dan saya ingin bercakap dengan orang syiah,” tambah Abdul Hadi.