“Halal ke”? Netizen pelik Nora Danish selamba je makan dalam restoran Gordan Ramsey

“Halal ke”? Netizen pelik Nora Danish selamba je makan dalam restoran Gordan Ramsey. “Halal ke dia makan situ?” Itu pertanyaan netizen apabila tengok Nora Danish makan di restoran mewah milik seorang cef terkenal dunia , Gordon Ramsey terletak di Sunway Resort, Petaling Jaya.

Menerusi Instagram, ramai dalam kalangan peminat mempersoalkan status halal menu serta premis berkenaan.

“Hai, Kak Nora. Kalau boleh tolong ambil serius tentang isu halal sebab anda seorang figura popular,” demikian antara peringatan ditinggalkan netizen dalam ruangan komen entri terbaharu pelakon itu.

Terdahulu, Nora atau nama sebenarnya, Nora Danish Hanis, 40, berkongsi momen bahagia berkunjung sewaktu makan malam di restoran tersebut yang turut ditemani suami, Nedim Nazri Aziz serta dua orang anaknya.

“Pertama kali makan. Makanan sedap. Highlight (pilihan) kami adalah steak tartare, beef wellington, yums!

"Halal ke"? Netizen pelik Nora Danish selamba je makan dalam restoran Gordan Ramsey

“Dan ya, scallop sedap juga dan tiram,” tulis pelakon yang cukup popular menerusi sitkom Puteri itu dalam Instagram.

Suami Nora iaitu Nedim turut berkongsi pengalaman menjamu selera di restoran mewah tersebut dengan berkongsi untaian video menerusi Instastory.

“Berada di sini bersama keluarga tersayang. Servis yang sangat cemerlang. Makanan lagi sedap sebab isteri ‘belanja’. Sayang awak, Nora,” katanya.

BACA:

Cara si ayah nyanyi lagu rock pujuk baby menangis buat ramai terpegun, “boleh buat konsert!”

Baby Shima kena tegur selalu buat aksi ‘gedik manja’, “berdarah hidung ni..”

11 anggota PDRM Perak disahkan positif dadah selepas pemeriksaan rambang dibuat