Hanipa gesa gerai burger dibenar beroperasi hingga 12 malam

Hanipa gesa gerai burger dibenar beroperasi hingga 12 malam

Peniaga kecil seperti penjual burger di tepi-tepi jalan amat terkesan dengan SOP yang dikeluarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.

Peniaga burger dibenarkan berniaga bermula jam 4.00 petang hingga jam 8.00 malam.

Mengulas SOP baru itu Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin melihat sekatan kerajaan membenarkan berniaga sehingga lapan malam adalah tidak adil.

“Jika betul, tolonglah tarik balik sekatan tu. Rakyat yang jual burger ni umumnya anak muda dan pelanggan pun biasanya mula kerumun gerai burger dari awal malam hingga lewat malam.

“Bapa Menteri yang berkenaan, tolong reconsider bagi mereka berniaga at least hingga jam 12 pm. Takkan tak kesian kat depa semua.

“Please ya…harap jangan terlalu strict sangat dengan rakyat yang nak cari makan.

“Ya, perlu jaga SOP tapi kena ada “leeway” dan budibicara sikit.. Kesian kat depa,” luah Hanipa di Facebooknya.

Beberapa status peniaga burger yang dikongsi di media sosial;

“Assalamualikum…. disebabkan pkp 2.0 dah bermula kedai kami cuma jual burger sahaja untuk take away…maaf sgt2 ye kedai kami bukak kol 4 sampai kol 8 malam…spe2 yg rindukan dgn burger ayam crispy 7 days kami bole la dtg tinggal ambik ye….

“Adam pergi j n t..Jumpa makcik jual burger…. Dia kesian tak ada org beli. Adam beli je mak… Selalu dia jual malam.. Ni dia jual siang… Sebab pkp kan sampai kul 8 je boleh niaga… Sian makcik tu duduk je tak ada pelanggan…”. –MD