Hanya guna baucar, lelaki ini tak pernah guna duit selama 36 tahun hidup

Oleh ISMAIL YAHYA

Biasanya, apabila ingin pergi ke mana-mana, selain daripada ‘handphone’, membawa duit adalah perkara biasa.

Tetapi, satu lelaki dari Jepun telah meneruskan gaya hidup tanpa menggunakan wang tunai selama 36 tahun,

Dia hanya bergantung kepada baucar yang dikumpulkannya.

Hanya guna baucar, lelaki ini tak pernah guna duit selama 36 tahun hidup

World of Buzz melaporkan bahawa Kiriya Hiroshi, 71, mencapainya dengan membuat pelaburan saham di ratusan syarikat sejak beliau berusia 35 tahun.

Di dalam pasaran saham Jepun, terdapat sistem yang membolehkan pelabur menerima baucar sebagai ganjaran hasil pelaburan yang mereka lakukan.

Kiriya mengumpul baucar yang diperolehnya untuk membeli pelbagai keperluan seperti beras, minyak, pakaian, kasut, atau makanan di restoran.

Dompetnya tidak mempunyai wang tunai, sebaliknya diisi dengan baucar yang telah dikumpulkannya.

Tabiat Kiriya adalah merancang perbelanjaan dengan bijak dan tidak pernah melebihi nilai baucar yang dimilikinya.

Beliau lebih selesa hidup secara sederhana, tidak berfoya-foya, dan menggunakan basikal untuk bergerak ke tempat-tempat tertentu.

Lelaki ini juga menyewakan beberapa bilik di rumahnya kepada penyewa untuk meningkatkan pendapatan dan sebagai langkah penjimatan.

Dengan hasilnya, Kiriya berjaya membeli tiga buah rumah yang diidamkan, dan sehingga kini, nilai sahamnya telah mencecah 300 juta Yen (kira-kira RM1.2 juta).

Ini adalah hasil daripada pelaburan dalam 900 syarikat yang memberikan baucar lumayan setiap tahun.

BACA: “Jiran mesej nampak suami kat rumah mak aku tapi mak tiada, rupanya ini ‘projek’ suami dengan adik perempuan aku”