Tikus haiwan perosak yang sentiasa merayap adalah penceroboh yang tidak diundang di setiap kediaman.
Pelbagai kaedah boleh dicuba untuk menghalau haiwan ini, tetapi kebanyakan daripada kaedah tersebut
Melibatkan penggunaan bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan jangka panjang dan juga menelan kos yang tinggi.
Melalui satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Abel Lione Korea
Beliau telah berkongsi teknik alternatif untuk mencegah kehadiran tikus dengan menggunakan kulit telur.
Mari kita lihat bagaimana caranya!
Proses Menghasilkan Serbuk Kulit Telur
Bahan-bahan:
-Kulit telur ayam
Langkah-langkah:
i-Basuh dan keringkan kulit telur.
ii-Tumbuk atau kisar halus kulit telur tersebut sehingga menjadi serbuk.
iii-Taburkan serbuk kulit telur di setiap penjuru dan sekitar rumah.
iv-Simpan lebihan serbuk kulit telur dalam botol untuk kegunaan pada masa akan datang.
Menurut Abel Lione Korea, serbuk kulit telur ini juga berkesan untuk menghalau haiwan perosak lain.
“Semut dan lipas yang suka merayap di kawasan dapur pun akan lari apabila ada serbuk kulit telur ini.
“Kalau tidak mahu menggunakan kulit telur, anda juga boleh menabur lada hitam di lubang yang sering dimasuki tikus.
“Bau daripada kulit telur dan lada hitam akan menyebabkan rasa kurang selesa pada hidung tikus yang sensitif,” jelasnya.
BACA: Tudung isteri Haji Nabil Ahmad ‘terbang’ ketika bercuti di luar negara