Hanya kerana salah cetak al-quran, Parlimen kerajaan Kuwait dibubarkan

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Al-Quran merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi panduan bagi umat Islam dalam menghadapi kehidupan sehari-hari.

Pernah suatu ketika di Kuwait, pada bulan Mei 1999, kerajaannya terpaksa mengambil keputusan untuk membubarkan Parlimen

Disebabkan terdapat kesilapan dalam pencetakan sebanyak 120,000 naskah Al-Quran. Kejadian ini mencetuskan krisis politik di negara tersebut.

Hanya kerana salah cetak al-quran, Parlimen kerajaan Kuwait dibubarkan

Emir Kuwait, Sheikh Jaber al-Ahmad al-Sabah, kemudiannya mengumumkan tarikh pemilihan baru pada 3 Julai untuk memilih wakil yang akan mengisi 50 kerusi yang dikosongkan akibat insiden tersebut.

Menurut laporan BBC, kesilapan dalam pencetakan Al-Quran pada masa itu melibatkan satu baris ayat suci yang tertinggal, dan individu yang dipertanggungjawabkan dengan kesilapan tersebut adalah seorang menteri, iaitu Ahmad al-Kulaib.

Beliau dituduh dengan sengaja melakukan kesilapan tersebut untuk merosakkan kepercayaan umat Islam di Kuwait.

Wakil-wakil Parlimen yang lain turut mendakwa bahawa kesilapan tersebut menjadi senjata kepada musuh-musuh Kuwait dan agama Islam.

Oleh itu, mereka bersetuju untuk mengadakan undi tidak percaya untuk melucutkan jawatan al-Kulaib.

Walau bagaimanapun, sebelum undian tersebut dapat dijalankan, Emir Kuwait membubarkan Dewan Negara sebagai satu usaha untuk mengelakkan sebarang kekacauan berlaku.

Sebelum ini, Kuwait juga pernah membubarkan parlimen pada tahun 1986 sebelum diwujudkan semula sebagai usaha untuk memerdekakan negara tersebut daripada penjajahan oleh Iraq

BACA: “Laki aku bukan kaki perempuan, fon dia selalu je cek, takde apa yang mencurigakan tapi yang peliknya dia selalu duduk dalam toilet sampai sejam!”