Hanya sebab nak solat, penyanyi terkenal ditahan pukul anak sampai lunyai

Oleh GEMILANGDAILY

Hanya sebab nak solat, penyanyi terkenal ditahan pukul anak sampai lunyai.

Seorang remaja perempuan mendakwa dipukul ibu angkatnya yang juga merupakan penyanyi sambilan sehingga menyebabkan muntah, badan menggeletar dan sukar bernafas.

Guru buat laporan polis

Hanya sebab nak solat, penyanyi terkenal ditahan pukul anak sampai lunyai

Ketika kejadian, difahamkan mangsa ingin menunaikan solat tarawih, tetapi ibu angkatnya tidak percaya dan mengesyaki bahawa dia ingin bertemu kawan lelaki sehingga menyebabkan berlakunya insiden dia dipukul.

Kes tersebut terbongkar apabila remaja itu datang ke bilik guru dalam keadaan sukar bernafas dan badan menggeletar sebelum muntah.

Susulan itu, gurunya tampil membuat laporan polis setelah remaja berkenaan mendakwa dia dipukul dan diugut bunuh ketika berada di rumah di Ukay Perdana, Ampang Jaya.

Remaja berusia 16 tahun itu telah dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya telah menahan wanita tersebut di pangsapuri di Ukay Perdana pada Jumaat.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Dalam pada itu, berdasarkan semakan polis, wanita berusia 46 tahun tersebut memiliki satu rekod jenayah lampau.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

BACA:

Tak reti baca kitab arab punca Ustaz terkenal enggan mohon tauliah dedah bekas Adun Perlis

Ahli KWSP boleh buat pengeluaran mulai 7 april, ini cara memohon