Haramkan vape, desak MCTC

Haramkan vape, desak MCTC

Majis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menggesa kerajaan mengharamkan pengunaan vape yang bukan saja membahayakan kesihatan malah, memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Presiden MCTC, Prof Dr Lekhraj Rampal, berkata pihaknya konsisten dengan pendirian menolak vape dan rokok elektronik sejak 2016 lagi.

Katanya, MCTC menerima banyak aduan dan rungutan termasuk ibu bapa mengenai pengunaan cecair nikotin itu.

“MCTC dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahukan kerajaan mengharamkan pengunaan vape.

“Kita menerima banyak aduan daripada persatuan pengguna dan ibu bapa tentang penyalahgunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu katanya, MCTC menyambut baik langkah kerajaan untuk mengenakan cukai terhadap pengunaan vape.

Dalam pada itu, MCTC juga menggesa kerajaan supaya menaikkan cukai runcit jualan produk berasaskan sehingga 70 peratus sebagai usaha mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, ia selaras dengan sasaran untuk mengurangkan jumlah perokok dengan sasaran hanya 15 peratus saja rakyat Malaysia yang merokok pada 2025.

MCTC juga menggesa supaya akta baru tembakau yang tertangguh sejak 2011 segera dibentangkan di Parlimen.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555794