Harap Bahasa Melayu dimartabatkan di Dewan Rakyat

Harap Bahasa Melayu dimartabatkan di Dewan Rakyat

Setakat dua hari memerhati sidang Parlimen berlangsung.

Terlalu banyak perkataan Bahasa Inggeris digunakan tanpa meminta izin Speaker Dewan.

Kelaziman ketika bersidang apabila ingin menuturkan Bahasa Inggeris, ahli berhormat akan mengucapkan “Dengan izin Yang Di-Pertua” kemudian diteruskan dengan perkataan Bahasa Inggeris hendak disebut.

Juga kelihatan Speaker Dewan agak santai menggunakan Bahasa Inggeris.

Harapnya agenda memartabatkan Bahasa Melayu dapat dipertingkatkan di dalam perbahasan Parlimen. Semoga perkara ini dapat diperbaiki kelak.

Peranan Speaker Dewan untuk memastikan hal ini tidak berlaku lagi.

Sumber :