Harga ayam akan naik sama harga dengan daging lembu, kata pakar

Harga ayam akan naik sama harga dengan daging lembu, kata pakar

Harga ayam akan naik sama harga dengan daging lembu, kata pakar. Pakar menjangkakan bahawa harga ayam akan melambung tinggi dan bakal menjadi mahal seperti daging lembu.

Kesan ini diburukkan dengan perang berterusan antara Rusia dan Ukraine, di mana kedua-dua negara ini adalah pengeksport terbesar kepada barang asas yang menjadi makanan utama ayam.

Steve Murrells, ketua eksekutif kumpulan Co-op dan bekas pengurus kanan di Tesco dan Sainsbury’s, memberi amaran bahawa harga ayam murah bakal berakhir.

Dia memberitahu forum pengarah The Retail & eCommerce, seperti yang dilaporkan oleh Sunday Times, “Ayam boleh menjadi semahal daging lembu. Industri ayam mempunyai cabaran tertentu kerana kos makanan.

“Majoriti lembu yang diternak di negara ini diberi makan rumput dan tidak perlu mempunyai makanan yang tinggi.

“Ayam, yang harganya sangat murah dan berbaloi, meningkat lebih cepat daripada mana-mana protein lain.”

Dr Benjamin Coles, seorang ahli geografi ekonomi di Universiti Leicester, juga memberitahu Times, “Adakah ayam menjadi lebih mahal daripada daging lembu? Saya tidak fikir itu satu spekulasi yang buruk.

“Kami mengimport banyak daging lembu di mana terdapat ada kos pengangkutan di situ. Tetapi saya boleh katakan bahawa rantaian bekalan untuk ayam adalah besar dan rumit, dan ia bergantung kepada banyak faktor – makanan ayam termasuk kacang soya, yang diimport, tenaga dan kos pengangkutan.”

BACA:

Scammer jadi Permaisuri Agong pula, mintak transfer RM3K..

Tindakan Britney Spears ‘upload’ gambar bogel sendiri di insta cetus persoalan

Toyota dipuji lancar langganan kereta patuh syariah pertama

CATEGORIES