Seekor kerbau di wilayah Phetchaburi, tengah Thailand telah dijual pada harga RM2.3 juta, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Thaiger semalam.
Kerbau gergasi tersebut milik pengusaha penternakan, Damrongsak Morakot, yang diberi nama Ko Muang Phet
Dia yang memiliki ketinggian 180 sentimeter (5 kaki, 9 inci).
Ia telah dibeli oleh pihak pengurusan Ladang Ternak Wanasuwan di Chiang Rai semasa Festival Kerbau Uthai Thani ke-12, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Nation.
Haiwan besar dan berwajah cantik itu turut mencuri perhatian kerana ‘membintangi’ drama popular, Mon Rak Luk Thung, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon di sebalik kandang.
Memiliki kecantikan luar biasa dan badan yang sangat besar, Ko Muang Phet bukan sekadar haiwan ternakan, tetapi juga dianggap sebagai keajaiban genetik.
Kerbau tersebut mempunyai 90 peratus peluang untuk mewarisi ciri albinonya yang jarang ditemui di Thailand.
BACA:Rumah Agam ‘misteri’ di Klang ini dijual harga RM3,355 sahaja ini puncanya