Harga rokok melambung tinggi, RM77.60 satu kotak

Kerajaan Britain menaikkan harga rokok susulan kenaikan cukai tembakau yang menyaksikan pek 20 batang rokok kini bernilai £13.60 (RM77.60).

Canselor Rishi Sunak mengumumkan perkara itu ketika pembentangan belanjawan pada Rabu lalu dan menjelaskan peningkatan sebanyak 88 peratus.

Kenaikan terakhir harga rokok adalah pada November 2020 iaitu peningkatan 22 peratus bagi pek 20 batang rokok dan 65 peratus untuk pek 30 gram tembakau.

Harga rokok melambung tinggi, RM77.60 satu kotak
HARGA lama rokok di Britain sebelum arahan kenaikan harga dilaksanakan.

Selain itu, Daily Star melaporkan rakyat akan turut berhadapan kenaikan harga minuman keras yang diumum sebanyak 30 peratus.

Pemilik premis memberi amaran mengenai kenaikan itu selepas peningkatan gaji yang turut diumum dalam belanjawan berkenaan.

Rishi mengumumkan kadar gaji terendah dinaikkan 6.6 peratus daripada £8.91 (RM50.92) kepada £9.50 (RM54.29) sejam, yang menambah kira-kira £1,000 (RM5,715.11) purata gaji sebelum cukai bagi pekerja sepenuh masa.

Canselor itu menggelar sistem duti alkohol sebagai ketinggalan dan mengumumkan lima langkah penambahbaikan yang berdasarkan jumlah minuman keras yang diambil penduduk.

“Lebih kerap minuman diambil, lebih tinggi kadarnya,” katanya.

BACA JUGA : ‘Ustazah’ bercinta dengan beberapa suami orang hanya untuk buat kajian
Harus diingat !!! Pas adalah parti komponen PN, kata pemimpin Bersatu