Hari ini maggi kari tak sedap, esok tiba-tiba sedap tapi kenapa? Meh sini nak cerita.Pengisytiharan tarikh mula berpuasa akan diumumkan Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja esok.
Pengumuman dibuat sebaik tugas melihat anak bulan Ramadan dilaksanakan esok, bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.
“Jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
“Jawatankuasa berkenaan juga diperkenankan melihat anak bulan di Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.
“Turut disenaraikan ialah lokasi-lokasi lain antaranya Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya,” katanya menerusi kenyataan.
BACA:
Akibat serangan jantung ketika mengaji, Ustaz meninggal dunia di atas halaman muka surat Al-Quran