Harimau dan Sotong lupa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki Kijang

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

“Bagus BNM ambil tindakan. Maybank terlalu angkuh dan sambil lewa. Bayangkan waktu itu nak guna perkhidmatan QR dan sebagainya,” kata Anis.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil tindakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) terhadap Maybank dan CIMB

berikutan gangguan berpanjangan pada beberapa perkhidmatan perbankan.

Menurut kenyataan BNM, penalti sebanyak RM4.32 juta dikenakan terhadap Malayan Banking Bhd.

dan Maybank Islamic Bhd. Manakala, penalti sebanyak RM760,000 dikenakan terhadap CIMB Bank Bhd. dan CIMB Islamic Bank Bhd.

Harimau dan Sotong lupa dengan 'kuasa' yang dimiliki Kijang

Keputusan untuk mengenakan AMP ini terhadap Maybank dan CIMB dibuat setelah mempertimbangkan faktor penyebab dan pengurangan yang relevan.

Ini termasuk kegagalan mengambil langkah-langkah wajar untuk mengurangkan insiden masa terhenti dan mengelakkan ketidakpatuhan, serta impak gangguan perkhidmatan terhadap pelanggan.

“Maybank telah membayar sebanyak RM4.32 juta bagi AMP yang dikenakan oleh BNM pada 8 Ogos 2024, manakala CIMB telah membayar sebanyak RM760,000 bagi AMP yang dikenakan oleh BNM pada 12 Ogos 2024,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Maybank memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan semua peraturan BNM dipatuhi berkaitan dengan masa operasi perkhidmatan. “

Ini termasuk langkah-langkah dalaman untuk mengukuhkan dan memantau sistem yang disediakan bagi memastikan prestasi yang optimum,” ujar mereka.

BACA: Wanita kerja ‘gomen’ pening fikir hutang rumah suami suruh isteri jaga anak je tapi dalam masa yang sama