‘Harta karun’ bernilai RM6.9 juta hanyut di tepi pantai sekali ini yang jadi bila Polis jumpa

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

‘Harta karun’ bernilai RM6.9 juta hanyut di tepi pantai sekali ini yang jadi bila Polis jumpa.

Sejumlah bungkusan dadah jenis methamphetamine atau ‘ice’ seberat 17 kilogram ditemukan hanyut di tepi sebuah pantai di Koh Samui semalam.

Lapor Bangkok Post, bungkusan berwarna kuning itu dibalut dengan tiga lapisan plastik dan mempunyai tulisan Cina.

'Harta karun' bernilai RM6.9 juta hanyut di tepi pantai sekali ini yang jadi bila Polis jumpa

Polis menganggarkan kesemua dadah tersebut bernilai 51 juta baht (RM6.9 juta) mengikut harga pasaran.

Bungkusan dadah tersebut didapati sama dengan tiga lagi bungkusan syabu yang ditemukan di pantai Hat Niyom di daerah Chaiya pada 20 Januari lalu.

Sehubungan itu, polis tidak menolak kemungkinan kesemua dadah yang ditemukan adalah dari sumber yang sama.

Terdahulu, kira-kira 100 kilogram syabu juga ditemukan di perairan Vietnam pada 10 Disember tahun lalu.

baca:

Gara-gara taksub nak besarkan punggung, wanita ini maut lepas terima ‘suntikan’ dari jururawat lelaki

Gara-gara nak tarik customer wanita? Abang sado nekad buka baju ketika jual durian tarik perhatian