Harta kekayaan Tun Mahathir RM188 billion? Banyaknya!

Oleh GEMILANGDAILY

Harta kekayaan Tun Mahathir RM188 billion? Banyaknya!Hari ini, saya nak alert Tun Mahathir berhubung “kejahatan” media asing terhadap dia.

Minggu lepas, portal MSN yang dimilik syarikat gergasi Microsoft telah mengeluarkan ranking bagi kekayaan-kekayaan pemimpin dunia.

Tun disenaraikan oleh MSN di tempat ke-6 pemimpin paling terkaya di dunia dengan kekayaan sebanyak US$45 bilion (RM188 bilion).

Harta kekayaan Tun Mahathir RM188 billion? Banyaknya!

Portal MSN ini agak besar pengaruhnya. Ianya terletak ditempat ke-40 website paling banyak dikunjung dunia serta tempat kedua dalam kategori berita.

Namun, Tun Mahathir belum membuat sebarang penafian tentang artikel ini. Mungkin data mobile Tun bagi bulan ini sudah habis sebab kita dah sampai ke akhir bulan?

1. Memandangkan bahawa semasa Tun menjawat sebagai PM7, kerajaan PH telah menarik balik laporan polis yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kehilangan dana FOREX BNM sebanyak RM33 bilion (bernilai lebih RM100 bilion sekarang) dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai NFA atau Tiada tindakan lanjut.

Dengan itu, seorang pun tidak pernah bertanggung jawab atau didakwa walaupun dana negara yang begitu besar telah lesap tanpa satu sen pernah dikembalikan biarpun RCI telah selesai dilaksanakan.

2. Kawan baik Tun telah membuat pengakuan bahawa dia memang memilik bank yang beroperasi di14 buah negara seluruh dunia semasa menjawab isu Pandora papers.

“Menurut Daim, sebahagian pemegang amanah yang disebut dalam laporan Malaysikini adalah milik anak-anaknya sementara yang lain berkaitan dengan sebuah bank Swiss miliknya, ICB Banking Group.”

“ICB yang dimiliki saya beroperasi di 14 negara dalam tiga benua, dan berjaya disenaraikan di London.”

“Saya fikir sedikit pengiktirafan perlu diberikan kepada seorang warga Malaysia yang berjaya membawa nama negara dalam perniagaan di sini dan seluruh dunia,” katanya lagi.
https://www.malaysiakini.com/news/593940

3. Anak-anak Tun juga bilionaire dan milionaire sebab mereka pandai berniaga berbanding orang Melayu biasa.

Maka saya khuathir bahawa ramai akan percaya artikel “jahat” MSN ini.

Tun perlu membuat penafian terhadap artikel MSN tersebut atau saman MSN atau minta panel siasatan khas dibentuk untuk menyiasat kekayaan dia terutama di luar negara untuk bersihkan nama Tun.

BACA: 

Yasin kurus kerana penjara tak bagi makan? Ini cerita sebenarnya

“Laki aku miang nak kahwin dengan janda anak 1, sekali aku tunjuk 2 benda ni terus laki aku teriak minta ampun”