Ahli Parlimen PKR, mendakwa dirinya difitnah mengenai isu perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad.
“Saya, Hassan Abdul Karim, tidak pernah menyatakan bahawa saya sedia keluar dari Johor untuk tinggal di Kelantan.
“Saya adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang. Saya akan berkhidmat kepada rakyat Pasir Gudang dan kekal tinggal di Johor.
“Saya adalah rakyat Johor yang setia. Rakyat Malaysia yang setia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hassan menegaskan bahawa sebagai wakil rakyat, dia menyatakan pandangannya “tanpa berniat mencabar sesiapa.”
“Saya menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
“Sebagai rakyat Johor, saya menghormati keputusan Pemangku Sultan Johor mengenai cuti hari Ahad yang akan bermula pada Januari 2025,” jelasnya.
BACA: Ina Naim bakal kahwin dengan artis dalam masa terdekat, ini jawapan tuan badan