Hembuskan nafas terakhir di Hospital kerajaan, bekas ahli parlimen paling tua meninggal dunia

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya hari ini di sebuah hospital tempatan.

Ahli Parlimen tertua India, Shafiqur Rahman Barq, telah kembali ke rahmatullah pada usia 94 tahun.

Barq merupakan anggota Parti Samajwadi dan mewakili kawasan Sambhal di negeri Uttar Pradesh.

Hembuskan nafas terakhir di Hospital kerajaan, bekas ahli parlimen paling tua meninggal dunia

Beliau telah dilantik sebagai Ahli Parlimen untuk kali kelima pada tahun 2019 dan telah dicalonkan oleh partinya untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Selain itu, beliau juga telah berkhidmat sebagai penyelaras jawatankuasa yang berjuang untuk melindungi Masjid Babri di Ayodhya.

BACA: “Salah aku tak didik kau dengan betul, salah aku dengan mak kau tak didik kau cara jadi suami dan anak lelaki yang baik, kau ceraikan bini kau!”