Baru-baru ini, kita semakin kerap melihat ‘individu bodoh’ diangkat sebagai ikon di media sosial tanpa memberi manfaat yang nyata kepada masyarakat.
Pengacara dan motivator, Amin Idris, menyeru agar kita menghentikan budaya mempopularkan individu bodoh di media sosial.
Melalui perkongsian di Instagram, Amin menegaskan bahawa menjadi popular di Malaysia sekarang sangat mudah
, contohnya dengan menyanyi lagu raya yang sumbang, menghina peperiksaan SPM, atau yang terbaru, menjadi bapak ayam.
“Malaysia ni senang nak jadi ‘famous’. Buat lagu raya nyanyi sumbang, hina peperiksaan SPM, terbaru jadi bapak ayam, zaaaaasss sekelip mata jadi ‘selebriti’. Tolong berhenti popularkan orang bodoh. NILAI & ILMU dipandang sepi dan sendu,” tulisnya.
Perkongsian Amin ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pandangan pengacara itu serta berharap budaya tersebut dapat dihentikan.
Ini merupakan perkara yang serius kerana remaja sangat mudah terpengaruh dengan kandungan yang disiarkan di media sosial, yang pada akhirnya boleh memberi kesan negatif kepada negara.
Bahkan, semakin ramai remaja kini berani melawan pendapat dari pakar dalam sesuatu perkara.