‘Himpunan kecurangan’ ada dalam Bersatu – MT Umno

‘Himpunan kecurangan’ ada dalam Bersatu – MT Umno

Rata-rata orang UMNO yang mengikuti PRN Sabah rasa dicurangi oleh rakan kongsinya sendiri.

Dari pembahagian kerusi, calon bebas, 3 penjuru, hinggalah perjanjian portfolio kabinet. Tulisan angkuh ketua Armada pula mengundang serang balas.

Ada pencemaran serius dalam hubungan Umno-Bersatu. Toksik. Tanpa penawar, boleh berlaku keciritan yang memudaratkan. Dari dulu pun, ramai minta berhati-hati. Bersatu diasaskan untuk ganti Umno. Untuk musnahkan Umno.

Kini ia dilihat sebagai himpunan kecurangan. Tun M, pengasasnya kata ia dicurangi. DSAI kata ia dicurangi AA. UMNO pula dicurangi ramai pemimpinnya sendiri.

Semua berhimpun di sana. Kalau curang menjadi amalan, ia membudaya dan dianggap strategi politik biasa.

Pastinya di saat rasa dicurangi, ada pihak ketiga akan mengambil kesempatan. Pengumuman DSAI samada dirancang atau kebetulan, kena pada waktunya.

Kenyataan Presiden Umno yang beliau tak boleh menghalang menambah ribut. Walhal dari dulu lagi, MP Umno memang banyak ke sana kesini.

Itu MP, ahlinya berbeza. Rata2 ahli tak boleh telan DSAI, PKR dan DAP. Ia soal perasaan dan emosi. Perasaan dan emosi inilah yang akan diluahkan dalam Persidangan sayap dan Perwakilan Bahagian di seluruh negara yang bermula hujung minggu ini.

Baling kerusi bukan tradisi Umno. Namun luahan akar umbi banyak merubah dasar dan corak kepimpinan Umno sebelum ini. Ia tak boleh dipandang ringan.
Selamat Bersidang!

Sumber :

Rata2 orang UMNO yang mengikuti PRN Sabah rasa dicurangi oleh rakan kongsinya sendiri. Dari pembahagian kerusi, calon…

Posted by Shabery Cheek on Wednesday, September 30, 2020