Hipokritnya puak yang mainkan isu agama dan kaum

Hipokritnya puak yang mainkan isu agama dan kaum

Banyak betul isu kaum dan agama yang viral baru-baru ni. Tapi kalau tuan puan perhati nada nya dah berbeza. Sekarang bukan nada hentam kemain, dah jadi nada defend habis. Mungkin sekarang goal post dah lain, dulu pembangkang, sekarang pula dah jadi gomen.

Kita tengok isu yang berbangkit. Isu arak dan pemandu mabuk misalnya. Baru-baru ni seorang anggota polis meninggal dunia ketika bertugas dilanggar pemandu mabuk (Al-Fatihah). Tapi yang didengar pandangan satu parti agama, menyokong pemandu mabuk naik grab saja. Takde pulak dengar gempak gempita macam setahun dulu. Macam nak runtuh langit dihentamnya Kerajaan.

Ketua Pemudanya sebelum jadi gomen, katanya arak itu musuh negara, nak nyahkan arak dari bumi Malaysia. Dah jadi kerajaan, katanya pula arak dah lama ada. Yang nak diperdebat buat apa?

Ada satu ahli MPT pemuda satu parti Melayu, kalau dulu dia la champion segala isu. Gengster bukan main. Masuk negeri orang pun, punya sombong jadi hero dari Malaya, bukan kaleng-kaleng. Tapi bila orang Melayu dikutuk-kutuk dan dipanggil bodoh oleh satu company yang punya angkuh, disuruh pulak kesian pada sang tukang kutuk. Katanya mereka angkuh macam tu pun, diaorang bagi derma. Rupanya kroni-kroni parti dia belaka.

Ada lawyer satu parti tu, dari dulu dok meratib dan menyalahkan “pendatang”. Gantung tanglung di sekolah masa raya cina pun dihentam. Tetiba pula, baru-baru ni dipertahankan seorang “pendatang” Rohingnya. Yang jadi Abang long dan gengster kawasan. Tak kira la orang tu kena tangkap atas siasatan kes ugut dan rogol, tetap ada yang kata kuat darah Melayunya  Minta orang kesian pada dia

Ada juga tahun lepas seorang ahli politik kaum Cina yang suka kontroversi. Punya bangga nenek moyangnya komunis pernah lawan British. Nak tunjuk champion belaka. Mungkin dia lupa atau tak pernah baca, episod 14 hari Bintang Tiga di Malaya. Macam mana episod tersebut tukar lanskap perkauman negara.

Adakah makhluk ni tak pernah terpikir kesan kenyataan bongkak nya? Macam mana ia boleh mengguris perasaan bangsa lain. Mungkin tak pernah bercampur atau duduk dalam gua. Yang dia ni pun satu, nada dah beza. Dulu parti jadi gomen punya lah bising. La ni macam dah langsung tak ambil pusing.

Jadi tuan-tuan tengok manusia rasis dan penuh hipokrasi ni ada di mana-mana. Tak kira mana parti. Yang tunggang agama dan isu kaum untuk kepentingan politik mereka. Kalau tuan-tuan nak tahu. Banyak ahli politik kita ikut ajaran Machiavelli. Kalau rajin baca lah buku The Prince, diajarnya bila berpolitik: matlamat menghalalkan cara. Kalau perlu tunggang agama dan isu kaum untuk berkuasa, dibolehkan saja. Sebabnya matlamat terpenting dalam politik adalah berkuasa. Dengan kuasa boleh buat macam2. Kena ahli politik yang ikhlas dan baik, baik lah jadinya. Kalau jenis yang terjun politik, sbb nakkan pengaruh dan jadi kaya, ke laut la juga.

Saya rindu masa Malaysia takde isu politik kaum yang melampau. Kalau tengok cerita P Ramlee, satu filem tu semua bangsa ada. Seniman Bujang Lapuk, kegemaran saya. Ada pak singh jadi guard, ada apek borong surat khabar. Satu company kerja sama2, sama ada Melayu Cina atau India. Ceritanya evergreen sampai sekarang. Kalau tengok dengan anak2 pun, berdekah2 diaorg ketawa.

Dulu zaman 90-an pun sama. Cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Ada awek cina, ada member India. Diaorg hang out kedai kopi sama-sama. Ada tuan puan nampak cerita TV sekarang mcm tu? Yang saya perasan, banyak cerita 100 percent line up Melayu.

Boleh kah kita jadikan Malaysia kembali harmoni macam dulu? Actually semua atas tangan kita. Kuasa undi bersama kita. Pilih la gabungan parti yang inklusif dan penting kan polisi “centrist”. Tengah-tengah dan bukan radikal.

Ini tidak satu gabungan laung “parti penyatuan Melayu dan kelangsungan ummah”. Sekarang dah start bergaduh. Berebut kerusi dan kuasa untuk PRU15. Ada satu lagi parti, katanya parti inklusif semua kaum. Tapi Majlis Pengurusan Tertinggi nya 90% satu kaumnya saja. So macam mana?

Yang kita pengundi kena makin bijak. Bila ada propaganda isu dan kaum oleh mana-mana parti, ingat lah. Mereka ni yang banyaknya “matlamat menghalalkan cara”. Matlamatnya kuasa. Bila dah dapat kuasa, RUU 355 ntah ke mana  setakat stuck di Parlimen di peringkat pertama. Contoh…

Yang kita harapkan, lanskap politik negara berubah. Isu kaum dan agama jangan letak ke tengah. Agar rakyat mengundi bukan nya dengan cara negatif partisan. Atau undi dengan marah. Kita patut undi secara positif partisan. Undi parti yang bawa kebaikan. Untuk semua.

Bila memilih pemimpin, jangan cari pemimpin yang jenis suka jadi hero kaum. Sebab benda tu senang. Setakat bangkit isu dan hentam kaum lain, ramai orang boleh jadi champion. Yang susah, jadi hero Malaysia. Jenis perjuangkan hak semua bangsa. Tapi tak lupa dan bangga asal usul dia. Tu yang rare, susah nak jumpa.

Makanya kita ni, golongan marhein macam saya yang bukan ahli politik, perlu jadi CENTRIST. Jangan cepat terpedaya mengenai isu kaum dan agama. Baca dan baca dan baca. Selalu semak fakta. Jangan terus ambil mudah dan percaya. Selalu ambil jalan tengah-tengah. Semua ada baik dan buruknya. Kita kena pertimbang dua-dua agar tak termakan propaganda.

Ingat, politik selalunya matlamat menghalalkan cara. Matlamatnya kuasa. Yang untung-untung pun mereka. Kita dapat apa? Maka, penting bagi kita jangan jadi pentaksub. Jadi lah pengundi yang bijaksana. We raise above politics and ambil jalan centrist. Itu pada saya adalah yang terbaik.

Wallahu a’lam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

Sumber :