Hisham sertai saintis dunia menangani covid-19

Hisham sertai saintis dunia menangani covid-19

Congratulations Sir… You’re really-really awesome..!

Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dr Noor Hisham adalah seorang daripada 74 penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal Covid-19 yang bertujuan mempercepat penyelidikan Covid-19 yang sangat diperlukan di kawasan itu.

Selain saintis, gabungan itu juga terdiri daripada ahli fizik, penyumbang dana dan penggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari lebih 30 buah negara, dengan komitmen sepenuhnya untuk mencari penyelesaian Covid-19 untuk kawasan kekurangan sumber di mana virus itu boleh melumpuhkan sistem kesihatan yang sudah rapuh dan menyebabkan kesan kesihatan yang paling besar kepada penduduk yang terdedah.

Antara penandatangan utama lain ialah Profesor Universiti Kolokotrones dari Kesihatan Dunia dan Perubatan Sosial di Universiti Perubatan Harvard, Amerika Syarikat, Paul Farmer; Ketua Pengarah Institut Pasteur, Perancis, Stewart Cole dan Saintis Kanan di University of Oxford, Philippe J Guerin.

Sumber :