Honda minta pekerjanya pulang balik duit bonus syarikat

Honda minta pekerjanya pulang balik duit bonus syarikat

Honda minta pekerjanya pulang balik duit bonus syarikat. Hanya kerana terlebih bayar wang bonus, Honda telah meminta para pekerja fasiliti Ohio supaya memulangkan semula lebihan wang tersebut, atau ia akan ditolak daripada gaji bulan depan atau bonus akan datang.
Malah, syarikat itu turut memberikan tempoh sehingga 22 September kepada pekerjanya untuk memulangkan semula wang bonus tersebut.

Menurut laporan NBC4, seorang isteri kepada pekerja kilang Honda itu menjelaskan proses pemulangan semula lebihan wang bonus itu mungkin sukar bagi sesetengah keluarga.

Beliau mengakui, suaminya terpaksa memulangkan semula hampir 8 peratus daripada bayaran bonus, atau bernilai ratusan dollar.

“Itu, anda tahu, menyamai bayaran bulanan kereta. Ia separuh daripada gadai janji kami, ia nilai untuk barangan runcit selama dua, tiga minggu. Ia adalah jumlah yang besar buat kami.

Honda minta pekerjanya pulang balik duit bonus syarikat

Dalam hal ini, seorang professor undang-undang Ohio State University, Sarah Cole menjelaskan ia adalah menjadi hak Honda untuk meminta wang lebihan tersebut dikembalikan.

“Di bawah Akta Piawaian Buruh Adil yang tertakluk kepada semua majikan di Amerika Syarikat, adalah jelas lebihan bayaran bonus atau gaji boleh dituntut semula oleh majikan.

“Honda boleh meneruskan tuntutan ini di mahkamah, akan tetapi ia akan menelan kos yang tinggi dan jelas sekali ia akan mendatangkan imej yang buruk dari sudut pandang umum.

BACA:

Petisyen bantah PRU15 dilancar Rafizi, “bantu saya..”

Van putih ini didakwa diguna untuk culik budak, sekali rupanya..

Pemilik Tesla terkejut kena bayar RM118K ganti bateri baru

CATEGORIES