Hospital cuai paksa Wanita bersalin normal, bayi songsang keluar tanpa kepala

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Tiada ibu yang tidak terluka apabila bayi yang dikandungnya selama sembilan bulan meninggal dunia semasa proses kelahiran.

Terutamanya apabila kecuaian hospital menjadi punca utama tragedi tersebut.

Menurut laporan dari Serambinews, anak mangsa telah disahkan berada dalam kedudukan songsang

sejak kehamilannya berusia tujuh bulan, namun dipaksa untuk melahirkan secara normal.

Lebih menyedihkan, kepala bayi malang itu dilaporkan terputus dan tertinggal di dalam rahim semasa proses kelahiran.

Hospital cuai paksa Wanita bersalin normal, bayi songsang keluar tanpa kepala

“Saya dipaksa untuk menanam sekuat hati. Suami saya terkejut apabila melihat bayi kami keluar tanpa kepala,” kata ibu mangsa.

Beberapa kakitangan perubatan kemudian menggunakan alat vakum untuk mengeluarkan kepala yang tercicir tersebut.

Kejadian tragis ini yang berlaku di Indonesia telah menimbulkan kemarahan netizen apabila mengetahui bahawa pihak hospital gagal memberikan penjelasan yang memuaskan.

Menyusul tragedi ini, wanita tersebut telah membuat aduan kepada pihak berkuasa pada 19 April lalu.

Kepala jenazah bayi itu kemudian dijahit semula dan selamat dikebumikan berhampiran dengan rumah datuknya.

BACA: “Abah minta aku rahsiakan dari sesiapa termasuk bakal suami, pegawai agama kata jika orang tahu, aku akan terima akibatnya”