Pelik tetapi benar. Itulah yang dapat kami katakan apabila mengetahui sebuah hotel di Jepun menawarkan harga murah tetapi merekam aksi anda dalam bilik tersebut.
Pasti ada di antara anda yang terkejut, bukan? Hotel yang terletak di bandar Fukuoka ini menawarkan harga serendah 130 yen (~RM4.95) untuk satu malam setiap hari.
Namun, jika anda bersetuju untuk menginap di sini, anda juga perlu memberi kebenaran kepada pihak hotel
untuk membuat siaran langsung di YouTube. Jadi, pengguna YouTube dapat melihat apa yang anda lakukan dalam bilik tersebut.
Wartawan SoraNews24 telah mengunjungi hotel tersebut untuk memastikan kebenaran perkara tersebut. Mereka mendapati bahawa rekaan bilik tersebut adalah dalam keadaan baik dan setanding dengan hotel-hotel lain di Jepun.
Pemilik hotel memutuskan untuk menawarkan bilik dengan harga murah kerana bilik tersebut jarang disewa. Jadi, untuk mengurangkan kerugian, mereka memutuskan untuk menawarkan bilik tersebut dengan harga yang sangat murah.
Anda boleh menonton siaran langsung di YouTube One Dollar Hotel. Adakah anda bersedia untuk tidur di hotel yang murah tetapi privasi anda akan direkodkan seperti ini? Apakah pendapat anda mengenai konsep bilik hotel ini?
BACA: Anwar Ibrahim watak utama ‘misi gila’ bawa balik keluarga Nadir Al Nuri dari Gaza