Hun Haqeem nangis, Amelia Henderson pujuk? Ada hubungan istimewa ke? Rupa-rupanya..

Oleh GEMILANGDAILY

Hun Haqeem nangis, Amelia Henderson pujuk? Ada hubungan istimewa ke? Rupa-rupanya.

Nampaknya rancangan dikendalikan oleh pelakon, Amelia Henderson dalam Studio Sembang tular lagi menjadi perbualan warganet di media sosial.

Sejak menjadi hos di rancangan tersebut, Amelia Henderson sering dipuji seorang yang pandai membuat tetamu jemputan selesa dengan dirinya.

Hun Haqeem nangis, Amelia Henderson pujuk? Ada hubungan istimewa ke? Rupa-rupanya..

Malah acap kali rancangannya itu tular menarik perhatian ramai dengan cara Amelia Henderson menemubual tetamu jemputan dan terbaharu termasuklah, Hun Haqeem yang dilihat menjadi tetamu jemputannya pada kali ini.

Studio Sembang boleh disaksikan di YouTube manakala dalam episod terbaharu ini, Amelia Henderson dilihat bersama Hun Haqeem yang mana dia antara pelakon baharu lelaki yang semakin mendapat sokongan peminat dalam dunia lakonan.

Pelakon drama Kampung People ini bagaimanapun membuatkan ada yang bersedih selepas melihat dia dalam video teaser Studio Sembang yang terbaharu ini apabila dia tidak disangka-sangkakan menangis.

Berbicara tentang keluarga dan struggle hidup seseorang itu membuatkan episod tersebut menarik tumpuan penonton rancangan tersebut namun dalam pada itu, kebanyakan netizen yang menonton video teaser episod terbaharu Studio Sembang itu memberikan pujian terhadap Amelia Henderson yang pandai mengendalikan situasi.

‘I really like how Amelia interact with others, making people comfortable with her…’

BACA:

Yang pernah lalui je tahu betapa best ketika itu, Ini suasana bulan Ramadan pada tahun 80-an yang hilang ditelan zaman

‘Jangan ada pihak yang cuba pecah belah perpaduan Bangsa Johor’, Sultan Johor sindir pembangkang?