Hun Haqeem pula kongsi detik istimewa bersama arwah Syazlin. Semalam, berita pemergian arwah Syazlin Zainal telah mengejutkan banyak pihak terutamanya bagi pihak penghibur seni tanah air dan peminat pelakon cantik itu.
Pemergian secara tiba-tiba itu telah menarik perhatian ramai termasuk pelakon bagi drama Kampung People, Hun Haqeem. Menerusi satu posting di Instagram Story, pelakon ini telah berkongsi kepada orang ramai sikap sebenar arwah Syazlin Zainal.
Arwah tak lokek senyuman
Hun Haqeem berkongsi bahawa keperibadian arwah merupakan seorang yang sangat pemurah dengan senyuman setiap kali berada di set lokasi penggambaran.
Dia selalu senyum sahaja ketika berada di set penggambaran, sangat berdedikasi kepada kerjaya, selalu fokus dan mahukan yang terbaik setiap hari. Berita pemergian awak buat selamanya amat merobekkan hati kami semua, Alin. Semoga awak tenang di sana, doa saya akan sentiasa mengiringi awak. – Hun Haqeem
BACA:
Hun Haqeem pula kongsi detik istimewa bersama arwah Syazlin
Ingat hutan terbiar rupanya cafe ‘rare’, memang sesuai cari ketenangan sini
Pelajar OKU dengan kaki palsu mengeluh lapar datang sekolah, ‘tak cukup duit bayar yuran’