‘I present to you The real Tokong of Malaysian football’ – Tunku Ismail

Oleh ISMAIL YAHYA

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, telah menyampaikan pandangan terkini mengenai situasi bola sepak negara.

Dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Johor Southern Tigers, baginda membincangkan isu kelab yang tidak membayar gaji dan menarik diri sesuka hati.

“Selepas ini, mana-mana kelab yang tidak membayar gaji, menarik diri sesuka hati, atau melanggar undang-undang liga, hanya perlu suruh Sultan menulis surat murka.

Pasukan dari setiap negeri yang melakukan kesalahan boleh suruh MFL menarik balik hukuman dengan memohon jasa Tuanku Sultan masing-masing untuk mengeluarkan surat.

Selepas ini, Sultan-sultan lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tidak boleh?”

'I present to you The real Tokong of Malaysian football' - Tunku Ismail

DYAM Tunku Mahkota Ismail juga menyatakan bahawa JDT telah didenda ratusan ribu ringgit sejak tahun 2013 tanpa sebarang kenyataan dibuat terhadap hukuman tersebut.

“JDT dari tahun 2013 telah didenda beratus ribu ringgit, saya sendiri kena ‘banned’ selama 6 bulan, tetapi tidak ada pun Tuanku Sultan Johor mengeluarkan surat atau membuat kenyataan. Siap mengungkit mengenai pemberian pingat Datuk.

MFL membuat ‘U-Turn’ tanpa surat rayuan. Mereka yang menghentam MFL baik sekarang puji MFL,” jelas baginda dalam satu kenyataan.

DYAM Tunku Mahkota Ismail juga menyatakan mengenai ‘tokong’ bola sepak Malaysia yang sebenar pada akhir kenyataannya.

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda Tokong sebenar bola sepak Malaysia.”

MFL telah mengumumkan penarikan dua hukuman terhadap Selangor dan juga pengurangan denda kepada RM60,000.

BACA: “Lepas arwah abang meninggal, aku tergerak hati cek history fon abang, mula-mula ok, aku scroll sampai bawah, muka aku jadi panas, jari mengigil”