‘I tak suka naik Myvi, bukan taste i lah’, pemuda kena reject hanya kerana ajak dating naik Myvi

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Kegembiraan seorang pemuda untuk pergi makan pertama kali berubah menjadi kesedihan apabila dikatakan bahawa pilihan keretanya,

Perodua Myvi, telah merendahkan maruah seorang wanita.

Pada mulanya, pemuda yang dikenali sebagai Affeq Arfan berdebar-debar untuk berjumpa dengan seorang wanita yang mengajaknya keluar makan.

'I tak suka naik Myvi, bukan taste i lah', pemuda kena reject hanya kerana ajak dating naik Myvi

Rakaman video menunjukkan wanita tersebut mengajaknya untuk makan malam dengan menyatakan lokasi rumah.

Namun, keterujaan pemuda itu berubah apabila wanita tersebut seolah-olah menyindir kereta Perodua Myvi yang dipandunya.

Wanita tersebut menyatakan, “You bawa kereta Myvi ke? You kata tadi nak bawa kereta Mercedes. Tak ada, I tak sukalah naik kereta ini. Ini bukan taste (citarasa) I lah.”

jemput keluar makan

Meskipun pemuda itu cuba memujuk dan memberikan penjelasan bahawa tayar kereta Mercedesnya pecah, dan oleh itu dia terpaksa menggunakan kereta Myvi, wanita tersebut tetap tidak mahu makan malam bersamanya.

Dia menganggap pemuda itu telah menjatuhkan maruahnya dengan memandu kereta Myvi.

Tindakan wanita tersebut mendapat reaksi negatif daripada warganet, dengan banyak yang menyifatkan sikapnya sebagai tidak bersyukur. Warganet mengingatkan bahawa memiliki kereta, walaupun Myvi, adalah sesuatu yang patut disyukuri, dan mereka mendesak wanita tersebut untuk belajar bersyukur.

Sebahagian warganet juga mempertikaikan sama ada insiden tersebut benar-benar mengenai keengganan wanita terhadap penggunaan Perodua Myvi atau sekadar konten untuk mendapatkan populariti.

BACA: Sebutan ‘bismillah’ dalam Mechamato Movie diubah kepada ‘Kakugo Shiro’, ini maksud sebenarnya